SHAH ALAM – Gedung tekstil terkemuka, Jakel cawangan Shah Alam hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pagi ini.
Difahamkan kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, di sini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada pukul 7.08 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan satu lot kedai tiga tingkat yang sedang terbakar 80 peratus.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh satu jam dan bahagian dalam kedai didapati musnah dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, pasukan bomba kini dalam tindakan pemadaman bara api di bawah timbunan kain.
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber: Kosmo
Baca Juga: Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Melecur Ditidurkan
Bakal pengantin berusia 26 tahun yang melecur hampir keseluruhan badan akibat letupan tong gas petroleum memasak (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, di sini, semalam kini ditidurkan.

Menurut adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, kakaknya terpaksa ditidurkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) berikutan luka melecur di tubuhnya agak kritikal.
Bagaimanapun, menurut Muhammad Azib, kakaknya, Siti Hajar Hanis dilaporkan stabil dan akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bertemu pakar kulit.
Katanya, buat masa ini kakak akan dirawat di Hospital Seberang Jaya dulu sebab tiada kekosongan katil di HPP. Nanti bila ada kekosongan katil, kakak akan terus dibawa ke HPP untuk menemui pakar kulit di sana.
Ujarnya, keadaan kakak buat masa ini stabil selain organ dalamannya juga berada dalam keadaan baik selepas doktor melakukan pemeriksaan.
Sementara itu, Muhammad Azib memberitahu, pihak keluarga masih belum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau menunda majlis pernikahan kakaknya yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Katanya, kami akan tunggu kakak sedar dahulu, tengok keadaannya macam mana dan baru akan buat keputusan berhubung perkara itu. Malah kami juga ada berbincang dengan tunang kakak berhubung perkara itu.
Dalam kejadian sekitar pukul 7.30 pagi semalam, Siti Hajar Hanis melecur hampir 70 peratus di bahagian badan akibat disambar api selepas tong gas memasak meletup ketika hendak menggoreng ikan.
Kejadian itu turut menyebabkan hampir keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat itu mengalami kerosakan.
Menurut Muhammad Azib, dia dan isterinya kini tinggal di rumah ibu bapanya di Lubuk Meriam sementara kediaman mereka dibaik pulih.
5 Rumah Musnah Dalam Kebakaran
Lima buah rumah musnah dalam kebakaran di Lorong 1, Kampung Pulo Ulu, awal pagi Isnin. Menurut Hendery Ardimansyah, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, kejadian menyebabkan 33 penghuni tinggal sehelai sepinggang.\
Hendery telah menjelas bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.46 pagi dan segera mengaktifkan tiga jentera dengan kekuatan 29 anggota ke lokasi dari Balai Petra Jaya, Tabuan Jaya dan Padungan.
Beliau berkata bahawa setiba di lokasi, pasukan operasi melaporkan kebakaran melibatkan lima rumah jenis tidak kekal.
Pasukan operasi menggunakan tiga aliran dengan tujuh nozel untuk mengepung api daripada merebak lebih luas.
Beliau bertambah lagi, tekanan air juga berfungsi baik, dengan pasukan menggunakan sumber pili, sumber terbuka dari Sungai Sarawak dan sumber air dari jentera.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.18 pagi, dengan pemadaman sepenuhnya berlaku pada jam 5.51 pagi.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.
Sumber: KMN