China memulakan pelaksanaan dasar baharu berhubung pengurusan wabak COVID-19 pada Ahad dengan menurunkan tahapnya daripada kelas A kepada kelas B.

Pintu Keluar Masuk China Dibuka Semula Secara Berperingkat

Dengan bermulanya dasar baharu itu, pelbagai pintu keluar masuk turut dibuka semula secara beransur-ansur.

Di Xinjiang, empat pintu keluar masuk darat termasuk Horgos (pintu masuk dasar terbesar antara China dengan Kazakhstan), Irkeshtan, Karasu, Yarant, dan Tashken kembali beroperasi seperti biasa.

Tinjauan di pintu keluar masuk Horgos mendapati, rata-rata individu yang memasuki China dengan tujuan mengunjungi saudara mara, urusan perniagaan serta membeli-belah sempena tahun baharu.

Turut sama pulih secara berperingkat adalah laluan darat di wilayah Guangxi.

Seiring dengn dasar pembendungan wabak dioptimumkan, pengembara antarabangsa yang ingin memasuki China melalui pelabuhan Youyi hanya perlu menjalani ujian asid nukleik (NAT) 48 jam sebelum berlepas dan tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya memperoleh keputusan negatif.

Menurut Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) China, bermula 8 Januari, Pelabuhan Beijing akan menyambung semula dasar pengecualian visa transit 24 jam dan 144 jam.

Sumber: AA

Berita Berkaitan.. 

China: ‘Virus Lemah, Kami Lebih Kuat’, Mula Masuk fasa Covid-19 Baru

China akhirnya memasuki “fasa baharu” menentang wabak COVID-19 dengan pasaran kewangan dilaporkan semakin mengukuh selepas Beijing menamatkan kawalan sempadan akibat pandemik.

China: 'Virus Lemah, Kami Lebih Kuat', Mula Masuk fasa Covid-19 Baru

Memetik CNA, pembukaan semula sempadan bermula Ahad merupakan salah satu langkah terakhir menghapuskan dasar “sifar COVID” China selepas bantahan besar-besaran di negara itu sejak Disember lalu.

Dasar sifar COVID-19 itu menyebabkan kekecewaan dalam kalangan penduduknya serta mendatangkan kerosakan teruk terhadap negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

“Hidup perlu bergerak ke hadapan! Hari ini, virus itu lemah, kita lebih kuat,” tulis akhbar rasmi Parti Komunis, People’s Daily memuji dasar kerajaan menentang virus yang beralih daripada “mencegah jangkitan” kepada “mencegah penyakit teruk”.

Agensi berita Xinhua turut melaporkan China telah memasuki “fasa baharu” dalam usaha bertindak balas dengan COVID-19 termasuk pelaksanaan langkah pencegahan virusnya, perkembangan wabak dan peningkatan tahap vaksinasi.

Dalam pada itu, langkah Beijing untuk menggugurkan syarat kuarantin dijangka meningkatkan perjalanan keluar rakyat dari negara itu.

Namun terdapat beberapa negara menuntut keputusan ujian negatif daripada pelawat dari China dalam usaha membendung wabak yang memenuhi kebanyakan hospital dan krematorium China.

Secara rasmi, China hanya melaporkan sebanyak 5,272 kematian berkaitan COVID-19 sehingga semalam yang menyaksikan kadar kematian terendah di sana setakat ini.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan China tidak menyediakan laporan secara kerap mengenai skala wabak COVID-19 manakala pakar kesihatan antarabangsa menganggarkan lebih satu juta orang di negara itu berkemungkinan maut tahun ini.

Sumber: AA

Share.

Leave A Reply