Termometer Tersekat Di Dalam Alat Sulit | Gara-gara tindakan sendiri, kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Chengdu di tengah China, menerima padahnya apabila dimasukkan ke bilik kecemasan selepas termometer tersekat di dalam alat sulitnya.

IMBASAN  X-ray menunjukkan termometer di dalam kemaluan budak lelaki itu.

 

Ia menurut satu laporan diterbitkan dalam jurnal perubatan, Asian Journal of Surgery, baru-baru ini.

Kanak-kanak lelaki yang tidak dinamakan itu memasukkan alat berkenaan ke dalam alat sulitnya dan mengalami kesakitan yang amat sangat selama sembilan jam, selepas ia tersekat.

X-Ray menunjukkan termometer itu berada jauh di dalam saluran kencing sehingga memasuki pundi kencing budak itu.

Doktor memutuskan mereka perlu melakukan laparoskopi kerana khuatir sebarang prosedur akan merosakkan organ kanak-kanak itu.

Kanak-kanak lelaki itu memberitahu pakar perubatan bahawa dia memasukkan termometer untuk mendapat keseronokan seksual.

Pakar kesihatan memberitahu ia adalah amalan seksual berisiko yang boleh membawa kepada peningkatan jangkitan dan masalah kesihatan lain.

Ia juga boleh menyebabkan parut atau kerosakan pada tisu dalaman, di samping pundi kencing berlubang.

Doktor di Hospital Rakyat Pertama Daerah Longquanyi bimbang tindakan menarik termometer ke arah asalnya boleh menyebabkan komplikasi lanjut.

Jadi, mereka memutuskan untuk melakukan laparoskopi melalui pundi kencing.

Pembedahan itu berjaya walaupun doktor tidak menyatakan sama ada kanak-kanak lelaki itu mengalami komplikasi jangka panjang.

Dr Changxing Ke, pengarang utama laporan berkenaan menyalahkan “kekurangan pendidikan seks” serta menyatakan “perasaan ingin tahu” menyebabkan terjadinya perkara itu.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Budak Sekolah Menikam Besi 5cm Pada Kepala Rakannya

Budak Sekolah Menikam Besi 5cm Pada Kepala Rakannya | Seorang budak sekolah nekad menikam rakan sekelasnya di bahagian kepala menggunakan besi kerana bertengkar, lapor Daily Mail.

Besi 5cm Tembusi Kepala

Imej ngeri memaparkan kecederaan pelajar lelaki berkenaan telah dikongsi oleh media tempatan di Mansoura Mesir. Imej itu menunjukkan kepala budak lelaki tersebut ditembusi dengan besi logam di atas telinga kirinya.

Besi yang kebiasaannya mempunyai pemegang yang menutupinya telah menembusi sedalam 5 sentimeter ke dalam tengkorak budak lelaki terbabit.

Pembedahan yang berlangsung selama lima jam itu telah memaksa doktor untuk membuang sebahagian daripada tengkoraknya dan kemudiannya diganti supaya kecederaan tersebut dapat dirawat.

Pegawai di Hospital Kecemasan Universiti berkata keadaan mangsa sedang pulih dan berada di wad unit rawatan rapi.

Pakar perubatan memuji mereka yang telah menghubungi perkhidmatan kecemasan dan tidak melakukan sebarang tindakan cubaan mengeluarkan besi itu sehinggalah mangsa sampai ke hospital.

Pakar perubatan berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada kesan sampingan mungkin akan terjadi berikutan daripada kecederaan ngeri yang dialami mangsa.

Polis tempatan dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu dan dipercayai pelaku masih dibawah umur untuk tindakan jenayah yang boleh dijatuhkan kepadanya.

Polis juga tidak mendedahkan punca pertengkaran tersebut.

Sumber: Siakap Keli

 

Doktor Temui Sesuatu Yang Tak Dijangka Di Dalam Perut Pesakit.

Doktor Temui Sesuatu Yang Tak Dijangka Di Dalam Perut Pesakit. | Dipercayai melakukan prank bersama rakan-rakan, seorang lelaki Mesir dipercayai telah menelan telefon bimbit dan ia kekal di dalam perutnya selama tujuh bulan, lapor Gulf News.

hp

Peranti tersebut dikesan di dalam perut lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia menjalani ultrasound di sebuah hospital negeri di wilayah Benha, utara Kaherah.

Seorang perunding pulmonary tumours dan pakar bedah jantung, Dr Mohammed Al Jazar, berkata bahawa ultrasound tersebut menunjukkan kewujudan telefon bimbit di dalam lelaki itu.

“Pesakit telah dirujuk ke jabatan pembedahan umum di hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan,” ujarnya.

Memetik laporan portal berita separa rasmi, Akhbar Al Youm, pesakit dilaporkan menelan peranti itu sejak tujuh bulan yang lalu semasa bergurau dengan rakan-rakannya tanpa memberitahu kepada ahli keluarganya.

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply