Tangan Wanita Terpaksa Dibedah Disebabkan Digigit Labah-Labah | Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas digigit oleh labah-labah di rumahnya, lapor Metro UK.
Anya Cantrell, 20, mula sedar tentang gigitan labah-labah di tangannya itu sewaktu bangun tidur di rumahnya yang terletak di Chichester, West Sussex.
Pada mulanya, dia beranggapan kesan gigitan tersebut tidak begitu serius, namun ia mula bertambah teruk selepas dua hari dan menyebabkan tangannya membengkak.
Walaupun Anya telah diberikan antibiotik, ia masih tidak berkesan dan dia mula berasa sakit yang teruk, lapor Metro UK.
Ekoran daripada itu, wanita tersebut perlu menjalani pembedahan pada 10 Januari lalu untuk membuang cecair dari lukanya.
Anya berkata, doktor mengatakan bahawa pembedahan tersebut sangat rumit kerana ia hampir masuk ke dalam saluran darah saya dan menjadi sepsis sehingga boleh mengakibatkan kematian. Bagaimanapun, mereka berjaya melakukan pembedahan itu.
Memetik Metro UK lagi, walaupun labah-labah itu mempunyai gigitan berbisa, racunnya tidak begitu kuat atau berbahaya.
Gigitan dari labah-labah boleh dijangkiti atau menyebabkan alahan yang teruk dan ia agak jarang berlaku.
Anya yang sebelum ini takut dengan labah-labah kini bimbang sekiranya haiwan yang mengigitnya itu ada di sekeliling rumahnya.
Anya juga berkata, mereka tidak berjaya menjumpai labah-labah itu dan itu sangat menakutkannya.
Selepas daripada kejadian ngeri itu, Anya akan meminta ayahnya untuk masuk ke bilik dan memeriksa serta mencari di setiap sudut untuk memastikan labah-labah itu tidak berada di dalam biliknya.
Ia berlaku semasa Anya tidur, jadi sebelum dia tidur, sia akan melihat sekeliling ruangan sama ada terdapat apa-apa haiwan di bilik pada waktu malam.
Anya berharap rancangannya untuk membiarkan pintu bilik tidurnya terbuka semasa berada di rumah ibu bapanya bermakna labah-labah tersebut telah pergi.
Anya sangat takut dengan labah-labah. Apabila dia terjumpa satu, dia akan keluar dari bilik.
Kejadian tersebut membuatkan Anya lebih takut kepada labah-labah sehingga kini.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Labah-Labah Paling Bisa Di Dunia Ditemui Membiak Di Bawah Katil.
Labah-Labah Paling Bisa Di Dunia Ditemui Membiak Di Bawah Katil. | BERPANTANG maut sebelum ajal, penemuan beberapa ekor labah-labah kecil muncul pada dinding bilik tidak disangka mampu menyelamatkan nyawa seorang lelaki.
Jurugambar dan ahli entomologi, Gil Wizen, yang tinggal di Napo, Ecuador sama sekali tidak menyangka labah-labah kecil itu membawa kepada penemuan yang lebih mengejutkan iaitu seekor labah-labah paling berbisa di dunia, Brazilian Wandering di bawah katilnya.
Walaupun terkejut dengan saiz labah-labah itu, Wizen sempat merakamkan gambar labah-labah berkenaan.
Foto tersebut tanpa disangka-sangka membawa tuah apabila Wizen memenangi anugerah Photographer of the Year dari Urban Wildlife.
Melalui catatan blog Wizen, dia berkata ribuan labah-labah kecil dilihat pada bawah katilnya ketika itu .
“Di sebelah anak labah-labah itu, wujud seekor labah-labah bukan dari spesies tarantula yang paling besar pernah saya temui.
“Saiz badan labah-labah itu kira-kira 45 milimeter dan jika kaki panjangnya terbuka, ia memang besar daripada tapak tangan saya,” tulisnya.
Menurut Live Science, labah-labah Brazilian Wandering, juga disebut labah-labah bersenjata atau labah-labah pisang, tergolong dalam genus Phoneutria yang bermaksud ‘pembunuh’ dalam bahasa Yunani.
“Dan tidak hairanlah mengapa ia adalah salah satu labah-labah paling berbisa di dunia. Gigitannya boleh menyebabkan kematian.
“Saiz tubuh Brazilian Wandering boleh mencapai hingga lima sentimeter (cm) dan jarak kaki mencapai sekitar 15 cm.
“Spesies araknid itu mempunyai tubuh yang berbulu. Kebanyakannya berwarna coklat dan berbintik hitam di perut,” kata Live Science.
Tidak seperti kebanyakan labah-labah yang mempunyai sarang, Brazilian Wandering merayap pada lantai hutan dan memburu mangsa yang terdiri daripada serangga, reptilia, tikus dan katak.
Labah-labah Brazilian Wandering betina mempunyai saiz tubuh yang lebih besar daripada jantan.
Setiap kali membiak, ia akan mengeluarkan lebih 1,000 telur yang disimpan di dalam kantung.
Spesies ini biasanya ditemui di Amerika Latin, Argentina dan Brazil serta mampu hidup sehingga dua tahun.
Sumber: Sinar Plus