PETALING JAYA – Beli nugget ayam goreng, sedang asyik mengunyah rupa-rupanya ia mengandungi besi dawai.

Itu pengalaman dilalui seorang wanita dikenali sebagai Azwani selepas membeli nugget ayam menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ini kes makan tak jadi. Petang semalam lepak di satu tempat ini, ‘order’ (pesan) nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi.

“Subhanallah juih keluarkannya. Itu dua besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” ujarnya.

Katanya lagi, pihak kedai memaklumkan mereka hanya menggoreng nugget yang diambil daripada bungkusan.

Menjengah di ruangan komen, ada netizen yang memberi cadangan supaya wanita itu membuat aduan kepada syarikat pengeluar makanan berkaitan.

“Hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk aduan. Pernah beli daging burger ada besi. Mereka datang periksa dan memang terdapat besi (bahagian mesin). Mereka bawa cenderahati dan minta maaf,” kata Shah Shamsudin.

“Ini isu keselamatan makanan. Boleh buat aduan (kepada pihak yang berkaitan),” kata Azrulshafiq Bakar pula.

“Nugget ke ice cream memang beli brand yang selalu dengar je ..macam ayamas,ramli, nestle….sebab kawan2 pernah keje kilang brand biasa2 ni..kotor sangat katanya…lagi2 ice cream potong .buah2 nangka tu nepal kupas .sambil2 meludah sireh. Yang brand tu bkn la 100%…tp yakin la jugak,” @Nur Aisya.

“Nuget ni kedai² jer beli buat mniaga..klau nk mkn kt rumh jarang org bli sbb xsdp,” @Cikby Pakaian Murah.

Sumber: Kosmo

Baca Juga: Lapan Premis Makanan Diarah Tutup, Temui Najis Tikus, Lipas

Sebanyak lapan premis makanan diarahkan tutup berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk penemuan najis tikus dan lipas dalam Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam yang dijalankan baru-baru ini.

Lapan Premis Makanan Diarah Tutup, Temui Najis Tikus, Lipas

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat berkata, pemeriksaan itu dijalankan Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Menurut beliau, kesemua premis terbabit diarahkan ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“MPKS mengarahkan pemilik premis melakukan pembersihan segera secara menyeluruh sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rahilah memberitahu, pemeriksaan mengejut yang dijalankan MPKS bertujuan memastikan premis makanan berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi pelanggan.

Justeru katanya, pemeriksaan dan operasi seperti itu akan diperluaskan lagi untuk tahun seterusnya bagi mengekalkan tahap kebersihan yang baik terhadap pengusaha–pengusaha premis makanan.

Dalam pada itu, Rahilah berkata, Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam itu dijalankan mulai Mei hingga Oktober lalu dengan menyasarkan semua premis makanan di daerah ini.

Dalam pada itu, Rahilah berkata, Operasi Tomyam dan Premis Makanan Waktu Malam itu dijalankan mulai Mei hingga Oktober lalu dengan menyasarkan semua premis makanan di daerah ini.

“Kesalahan itu mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDKS) 2007 di bawah bidang kuasa MPKS.

“Manakala Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 pula di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM),” ujar beliau.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply