Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa membuat laporan setelah mendapat maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab mengintai rumahnya.

“Lelaki itu membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu. Perbuatannya dirakam oleh jiran pengadu dan lelaki itu telah melarikan diri,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin.

May be an image of text that says "hati hati penduduk mutiara ville cyberjaya dan berdekatan. sebelum ni dah pernah viral cuma taktau siapa pelakunya. alhamdulillah harini saya witness dengan mata sendiri. dah mengintai pastu curi seluar pulak. Walaupun tingkap bilik air dah tutup rapat dia akan bukak. saya dah membuat report polis semoga pelaku ditangkap segera."

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pemeriksaan di bahagian balkoni belakang dan mendapati sehelai seluar panjang warna kelabu milik rakan serumahnya tiada dan ketika kejadian, tiada sesiapa berada dalam tandas.

“Lelaki Palestin itu ditahan pada kira-kira 4 petang tadi di Mutiara Ville dan polis telah merampas telefon bimbit, baju, seluar dan selipar yang digunakan, namun seluar milik rakan serumah pengadu belum dijumpai. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

May be an image of 1 person and indoor

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber : BH

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Lelaki Bakar Rumah Mentua Dan Langgar Bekas Isteri Yang Cuba Melarikan Diri

Berang bekas isteri enggan berjumpa, lelaki di Texas, Amerika Syarikat (AS) tergamak membakar rumah keluarga wanita itu untuk memaksanya keluar.

Dia juga melanggar wanita itu ketika mangsa keluar dari kediaman berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Ahad minggu lalu, lelaki dikenali Pablo Patino-Bustos dikatakan ke rumah mentuanya untuk berjumpa bekas isterinya.

Polis berkata, suspek bertindak membakar rumah berkenaan untuk memaksa bekas isterinya keluar.

Suspek kemudian melanggar wanita itu dengan kereta ketika mangsa melarikan diri dari rumah yang terbakar itu.

Fox News melaporkan, abang mangsa, Logan Saldana, 23, mendengar jeritan kakaknya ketika dia sedang cuba memadamkan kebakaran.

Abang mangsa berkata bahawa dia mendengar kakaknya bertanya apa yang berlaku sebelum suspek memandu pergi.

Seterusnya, dia mendengar bunyi deruman kereta suspek yang membuat pusingan dan berpatah balik lalu melanggar kakak sebelum (dia) melarikan diri.

Susulan kejadian itu, wanita terbabit yang cedera membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan di rumahnya, dua hari kemudian.

Polis berkata, suspek yang bersenjata api berjaya ditahan oleh pasukan SWAT bersenjata.

Konstabel Mark Herman berkata, suspek kini ditahan di Penjara Harris County atas dakwaan ancaman keganasan dan pembakaran.

Katanya, suspek dikenakan jaminan berjumlah AS$4,500,000 (kira-kira RM19 juta) oleh mahkamah daerah.

Sumber: KMNĀ 

 

Share.

Leave A Reply