Pelajar Universiti Ditemui M@ut Di Bilik Asrama | Seorang pelajar yang menuntut di sebuah universiti di Amerika Syarikat ditemui mati di dalam bilik asramanya selepas mengikuti upacara ritual yang tidak berperikemanusiaan dan kejam di sebuah organisasi.
Difahamkan, rakan kepada mangsa telah melancarkan sebuah petisyen yang meminta pihak polis menyiasat sebuah rumah perhimpunan kerana mangsa didakwa telah minum di sana sebelum kematiannya.
Menurut penganjur, mangsa maut sejurus mengikuti proses ikrar yang panjang dan kejam yang dibenarkan oleh organisasi itu. Malah, perhimpunan berkenaan memaksa mangsa dan ramai lagi pengikut lain untuk melakukan pelbagai perkara lain yang jelas tidak boleh dipaksa oleh sesiapa pun.
Kami menuntut perhimpunan tersebut disiasat dan ditutup, malah presiden, ketua ikrar dan orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut disiasat kerana penglibatan mereka yang menyebabkan kematian mangsa.
Bukan itu sahaja, rakannya memaklumkan mangsa merupakan seorang yang mengagumkan dan mampu memberikan kesan yang luar biasa kepada setiap orang yang ada dalam hidupnya. Justeru itu, dia berpendapat mangsa berhak mendapat keadilan.
Sementara itu, petisyen terbabit didakwa telah mencapai 9,700 tandatangan dan persetujuan daripada para pelajar universiti yang mahu kes ini disiasat. Bagaimanapun, pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kematian penuntut itu.
Sumber: Oh Bulan
Artikel Lain
Kejam! Sanggup Bunuh, Gunting Mayat Dan Minum Darah Kawan Akibat Ritual Ilmu Hita
Kejam! Sanggup Bunuh, Gunting Mayat Dan Minum Darah Kawan Akibat Ritual Ilmu Hitam | Gara-gara mempercayai amalan ilmu hitam, seorang lelaki didakwa telah melakukan perbuatan yang kejam terhadap rakannya sendiri selepas dia dilaporkan telah membunuh, memotong mayat mangsa menggunakan gunting, membakar mayat dan meminum darah dalam satu acara ritual di Brazil, baru-baru ini.
Mangsa dikenali sebagai Binman Antonio, 33, dikatakan sedang tidur ketika kejadian tersebut berlaku namun tiba-tiba sahaja suspek telah melompat ke atas badan mangsa di sebuah rumah di Samambaia, berdekatan Brasilia, Brazil, menurut laporan daily mail.
Hasil siasatan mendapati, suspek telah membunuh mangsa terlebih dahulu sebelum dia menggunting dan membawa bahagian badan mangsa ke dalam sebuah kereta terbiar di taman dan membakarnya.
Pihak polis dilaporkan telah menjumpai tulang dan mayat yang hangus di tempat kejadian hasil maklumat dari orang awam.
Apa yang lebih menyeramkan, pihak polis turut menjumpai darah di ruang tamu dan adanya ‘tanda-tanda’ ritual ilmu hitam di situ, menurut laporan Daily Mail.
Jelas polis, mereka telah menjumpai gambar 666 dan syaitan di dinding selepas memasuki rumah suspek terbabit dan mengesyaki ia berkaitan dengan acara ritual kultus .
Suspek kemudiannya dikhabarkan telah melarikan diri ke tapak ziarah penganut Kristian bagi meminta makanan dan wang ketika berada di situ namun bagaimanapun, dia berjaya diberkas polis berhampiran tempat kejadian setelah pulang ke rumah untuk mengambil barang.
Suspek difahamkan mempunyai rekod jenayah yang banyak termasuk 15 kesalahan jenayah kecurian selain pernah dikatakan menyerang ibunya dan diusir keluar dari rumah keluarganya.
Suspek kini dilaporkan berada di dalam penjara dengan tuduhan pembunuhan dan penyembunyi mayat, walau bagaimanapun suspek dikatakan masih menafikan dakwaan jenayah terbabit terhadapnya.
Perbicaraan kes itu dikatakan masih lagi sedang berlangsung.
Sumber: Daily Mail