PETALING JAYA – Hancur hati tatkala membongkar aktiviti carian di internet menerusi Google yang dibuat anak lelaki berusia 11 tahun dengan kesemuanya berkaitan video lucah.

Carian tersebut dilakukan kanak-kanak itu sejak awal Februari lalu dan dia ‘kantoi’ selepas ditangkap ibu ayahnya yang melakukan pemeriksaan pada telefon bimbit.

Kisah dilalui ibu bapa tersebut dikongsikan oleh aktivis yang sering memberi kesedaran berhubung pendidikan seksual, Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada hantaran Facebook.

“Assalamualaikum tuan, maaf mengganggu.Saya ada pertanyaan, ketakutan saya sebagai seorang Ibu menjadi nyata malam tadi.

“Saya ada seorang anak lelaki berumur 11 tahun. Malam tadi tertangkap oleh saya dan suami, dia buat carian video lucah di Google dan apabila saya periksa ‘history’, memang banyak carian sejak bulan awal Februari.

“Untuk makluman, anak saya baru terima telefon bimbit tersebut setelah setahun lebih tanpa telefon sebab rosak. Tahun sebelum telefon dia rosak, saya sangat kerap periksa telefon dia dan tak jumpa perkara yang mencurigakan,” kata ibu tersebut menerusi hantaran dimuat naik Akhi Fairuz.

Wanita itu memberitahu, suatu hari suaminya berasa pelik apabila anaknya yang berada di dalam bilik belum tidur, namun berselubung tilam toto.

“Kami suami isteri duduk di ruang tamu. Pintu bilik anak memang sentiasa terbuka kecuali selepas mereka mandi dan ingin memakai pakaian.

“Tetapi semalam suami pelik kenapa belum tidur, tapi berselubung toto. Bila ditegur, dia cepat-cepat cuba tutup telefon dia. Saya segera rampas telefon tersebut dan ‘kantoi lah’ video itu.

“Apa yang perlu saya dan suami buat sekarang tuan,” katanya yang meminta nasihat daripada Akhi Fairuz.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Polis Cari Pemandu Myvi Tunjuk Isyarat Luc@h

Polis sedang mengesan seorang pemandu Perodua Myvi yang dikesan memandu secara melulu dan berlagak samseng seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial, semalam.

Pemandu Perodua Myvi memberhentikan kenderaan di tengah jalan dan menunjukkan isyarat lucah di Jalan PJS8, Petaling Jaya, yang tular di media sosial, semalam. - Foto tular

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata video itu dikesan tular di media sosial oleh pihak polis pada jam 8.30 malam tadi sebelum semakan dijalankan.

Beliau berkata, semakan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Beliau juga berkata video dari rakaman kamera papan pemuka itu memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu secara bahaya dengan pemandu bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah jalan.

Beliau berkata dalam kenyataan, hari ini bahawa berdasarkan rakaman video itu, kejadian ini berlaku jam 5.05 petang semalam di Jalan PJS 8 berhadapan Menara The One Academy, Petaling Jaya.

Hasil pemerhatian polis kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan kepada pemandu lain.

Beliau bertambah lagi, bagaimanapun, kita minta pihak yang merakam kejadian itu tampil ke BSPT IPD Petaling Jaya untuk membantu siasatan polis.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita minta saksi dan pihak yang terbabit kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Ku Mashariman, berkata maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan pemandu Myvi memotong secara melulu sebelum membrek dengan mengejut di hadapan sebuah kenderaan yang merakam video.

Pemandu Myvi kemudian dilihat keluar dari keretanya sebelum menunjukkan isyarat lucah serta memarahi pemandu berkenaan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply