13 Tempat Makan Best Seafood Di Kangar, Perlis | Kangar adalah ibu negeri Perlis. Majoriti tarikan pelancongan utama di Kangar, Perlis lebih kepada kawasan alam semulajadi & aktiviti eko-pelancongan. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di sana dan Kangar masih kekal sebagai bahagian penting Perlis walaupun penduduknya hanya sekitar 6,000 orang. Selain tempat perlancongan banyak juga tempat tempat makan yang menarik perlu anda singgah.

Jangan pandang Perlis sebelah mata kerana ada banyak tempat makan yang menarik di Kangar, Perlis yang boleh anda serbu dan cuba ketika berada di sini. Tapi mana nak cari tempat makan yang best? Berikut adalah senarai 13 tempat makan seafood best yang boleh anda cuba.

 

1. RESTORAN DE’ AURA STEAMBOAT & GRILL (AURA STEAMBOAT) – SEAFOOD

Restoran De’ Aura ini adalah salah satu tempat yang popular dalam kalangan rakyat Kangar dan juga orang luar. Restoren ini mendapat komen yang positif dan rating yang tinggi di google. Harga disini sangat murah dangan porsi makanan tanpa had.

Menu utama yang ada disini adalah buffet seafood unlimited. Pelanggan boleh nikmati sebanyak mana makanan tanpa caj tambahan. Variasi makanan laut seperti sotong, udang, ketam, daging dan banyak lagi boleh dinikmati di sini. Ada juga hidangan lain seperti tomyam seafood, oden dan takoyaki serta makanan panas lainnya. Ruangan tempat buffet juga sangat luas dan sesuai untuk makan bersama keluarga besar. Pelanggan hanya perlu memilih variasi makanan yang disediakan hingga kenyang dan tanpa caj tersembunyi.

Lokasi ini di 2, Tanjong Gorah 3, Kangar, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari dari jam 5 petang hingga 11 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 013-4540881

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/aurasteamboat/

 

2. MR CRAB (THE CABIN, KANGAR) – SEAFOOD

Tempat makan ini menyediakan makanan seafood dan western. Restoran ini mempunyai rating yang tinggi di google dengan rata-rata komen berpuas hati dengan masakan di sini. Harga di sini juga murah untuk anda cuba.

Antara hidangan dalam menu yang ada disini ialah shellout dengan pilihan set seperti udang, sotong, ikan, tiram, ketam dan banyak lagi.

Lokasi ini di Jalan Kampung Bakau, Kangar, Malaysia. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari rabu dari jam 5 petang hingga 11 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 018-3984409

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mrcrabkualaperlis/

 

3. TOMYAM SEAFOOD YS – SEAFOOD

Tomyam Seafood Ys ini menyediakan banyak jenis masakan panas berasaskan makanan laut dan juga darat. Restoran ini juga mendapatkan rating yang tinggi di google dan menjadi salah satu tempat tumpuan pelanggan.

Banyak variasi masakan panas makanan laut yang disediakan di sini seperti tomyam seafood dan makanan bergoreng yang lain.

Lokasi ini di NO.4, JALAN KANGAR JAYA 13, KANGAR JAYA, JALAN TUANKU SYED PUTRA(JALAN KANGAR-ALOR SETAR)

Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari isnin hingga sabtu dari jam 11.30 pagi sehingga 3  petang dan 5 petang sehingga 9 malam. Sebarang pertanyaan hubungi 012-4715888

FACEBOOK PAGE: YS Seafood

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Kangar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply