Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kerambit.
Kejadian 5 petang kelmarin apabila mangsa yang berusia 47 tahun sedang berada di pos pengawal dan didatangi tiga lelaki yang menunggang dua motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa.
“Mangsa cedera di bahagian rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil
“Usaha mengesan dan menangkap suspek terbabit giat dijalankan. Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sumber : HM
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Sembilan Individu Ditahan Akibat Bunvh Pengurus Syarikat
Sembilan lelaki termasuk seorang ahli perniagaan bersama teman wanitanya, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan hingga menyebabkan kematian seorang pengurus syarikat dalam kejadian di sebuah gerai makan dekat Taman Kenanga, Tengkera di sini, semalam.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, selepas meluluskan permohonan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu semua suspek dibawa ke pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh jam 9 pagi dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
Sharda Shienha membenarkan reman terhadap semua suspek berusia 20 hingga 38 tahun bermula hari ini hingga 16 Mei depan.
Pagi tadi, media melaporkan akibat mengeluarkan perkataan tidak senonoh, seorang pengurus syarikat maut dalam pergaduhan di kawasan kedai makan di Jalan Kenanga, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, dilapor berkata kejadian dipercayai berlaku antara 4 hingga 4.15 pagi dan mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal selepas dibawa ke Hospital Melaka, kira-kira 5.20 pagi, untuk menerima rawatan.
Sebelum kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa dipercayai mabuk selepas berhibur pergi ke gerai berhampiran lokasi kejadian untuk makan dan minum bersama rakan-rakannya.
Susulan itu pasukan polis melakukan tangkapan ke atas tujuh individu termasuk ahli perniagaan terbabit dan pengawal peribadinya serta merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan iaitu pisau dan batang besi.
Sumber :KMN