Tular VIDEO Pelajar Sekolah Rendah Pukul Budak Lelaki Sehingga Terduduk Menangis | KES buli membabitkan pelajar sekolah dilihat semakin menjadi-jadi pada ketika ini. Bahkan apa yang menyedihkan, isu tersebut dilihat sudah menjadi norma baharu apabila kita sering disajikan dengan berita-berita membabitkan kejadian buli dalam kalangan pelajar.
Terbaharu, tular satu video membabitkan sekumpulan pelajar sekolah rendah membuli seorang budak lelaki di Kota Samarahan, Sarawak.
Menerusi rakaman klip video berdurasi 47 saat yang tersebar di Twitter @nanmanjoi8715 pada Selasa memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memakai baju hijau dipukul dan ditendang berkali-kali oleh sekumpulan pelajar.
Cuba melawan balik tapi terlalu ramai
Mangsa terlebih dahulu dipukul oleh seorang budak berbaju oren sebelum rakan-rakannya mengambil giliran untuk membelasah budak malang itu.
Dia dilihat cuba melawan apabila dipukul oleh dua budak lain yang bertubuh lebih kecil serta memakai baju putih.
Namun apabila melihat mangsa mampu mempertahankan diri, budak lelaki berbaju oren tadi ‘masuk gelanggang’ untuk mempertahankan dua rakannya.
Mangsa terus terjatuh selepas dia ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi oleh pelajar berkenaan.
Lebih menyakitkan hati, video itu turut dirakam oleh rakan si pembuli dan diperhatikan pelajar lain.
Keluarkan kata kesat
Turut kedengaran suara perakam mengeluarkan kata-kata kesat dan ketawa melihat mangsa yang dipukul.
Setakat berita ini ditulis tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa setakat ini.
Sumber: Majoriti
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Ditumbuk, Dibuli Oleh Pelajar Lain Di Sekolah, PUNCANYA Tidak Masuk Akal
Seorang ibu di Singapura nekad membuat laporan polis selepas anaknya berusia 10 tahun menjadi mangsa buli empat pelajar sejak tahun lalu gara-gara tidak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Ibu mangsa dikenali sebagai Ma membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis selepas anaknya mengalami kecederaan pada bahagian muka ketika pulang ke rumah.
Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu baru sahaja pindah dari China ke Singapura bersama keluarganya dan menghantar anaknya ke sebuah sekolah antarabangsa. Anaknya mula dibuli sejak tahun lepas di mana empat pelajar berkenaan mengusik anaknya kerana tidak fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Anak sulung telah diusik oleh empat rakan sekelas kerana tak fasih bertutur Bahasa Inggeris sejak Ogos lalu. Lepas tu anak saya dibuli dengan ditolak serta dimaki hamun oleh mereka.
Anaknya dibuli berterusan sehingga Februari dan mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mempunyai calar. Walau bagaimanapun, si anak menghalangnya untuk mengadu kepada pihak sekolah.
Anak saya tak tahan dengan keadaan itu tapi tak benarkan saya untuk mengadu kepada pihak sekolah.
Disebabkan tiada tindakan diambil, anaknya semakin teruk dibuli sehingga dahi bengkak gara-gara ditolak ke dinding dalam satu kejadian pada 3 Jun lalu. Malah, rakan sekelas turut menyandung kaki anak Ma sehingga menyebabkan siku dan lutut lebam.
Pada 29 Ogos lalu, empat rakan sekelas menarik seluar kanak-kanak terbabit hampir 10 kali sebelum menolaknya pada hari berkenaan.
Suatu hari anak saya keluar dari tandas, empat rakan sekelasnya berlari kearahnya lalu menanggalkan seluar dan menolaknya.
Kejadian terbabit berlaku di pelbagai lokasi sekolah seperti di bilik darjah, kantin, koridor dan di padang. Mangsa kemudiannya bertanya kepada salah seorang pelajar yang membulinya mengapa mereka melaku perkara sedemikian, namun dia ditumbuk berkali-kali selama lima minit sehingga pendarahan berlaku.
Susulan daripada itu, si ibu membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dan kes terbabit masih berada dalam siasatan. Bimbang nama akan tercalar disebabkan kes buli, pihak sekolah serta ibu bapa rakan sekelas membuat permohonan maaf kepada keluarganya.
Bukan itu sahaja, pihak sekolah antarabangsa terbabit turut memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak akan bertolak ansur dengan kes buli serta menyatakan keselamatan serta kebajikan pelajar merupakan keutamaan mereka.
Sumber : Oh Bulan