Seorang Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Kemalangan Dengan Kereta Mercedes | SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer 133, Jalan Johor Bahru-Seremban, semalam.

motosikal berkuasa tinggi

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kemalangan pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Mercedes dalam perjalanan dari Chaah ke Segamat.

Sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki ZR1000 dari arah Segamat ke Yong Peng telah hilang kawalan secara tiba-tiba.

“Motosikal mangsa kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Mercedes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa seorang lelaki Cina berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu Mercedes seorang lelaki Cina berusia 25 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Ahmad Zamry berkata, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sepasukan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Labis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bomba tiba di lokasi dan mendapati penunggang motosikal telah terbabas ke dalam parit dengan kedalaman 1.2 meter.

“Anggota bomba bertindak membawa naik mangsa yang berada di dalam parit ke bahu jalan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia setelah diselamatkan dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Sumber : UtusanTV

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan

Seorang Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan | SEGAMAT – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran Felda Redong Jalan Segamat Labis ke Felda Redong pada petang Ahad.

warga emas maut

10 Anggota Dihantar Ke Lokasi

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hafifie Md Sarif, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan melalui talian MERS999 pada jam 1.30 petang.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Labis dengan kekuatan seramai 10 anggota telah dihantar ke lokasi.

Mangsa Tersepit Dan Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan tiga kenderaan jenis Perodua Myvi, Toyota Hilux dan Proton Persona.

“Pihaknya juga mendapati seorang lelaki warga emas dalam kenderaan Perodua Myvi telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Segamat.

“Mangsa di kenderaan Toyota Hilux iaitu dua lelaki serta dua wanita dan seorang lelaki bagi kenderaan Proton Persona pula didapati tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di kenderaan Perodua Myvi dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : KMN

 

 

BACA JUGA :

Dua Orang Maut Dan 7 Cedera Parah Dalam Nahas Bas Dan Kereta

Dua Orang Maut Dan 7 Cedera Parah Dalam Nahas Bas Dan Kereta | Dua maut, manakala tujuh lagi individu parah dalam nahas dua buah kenderaan termasuk bas persiaran di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi.

bas dan kereta

Seorang Pemandu Dan Seorang Penumpang Maut

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sembilan memaklumkan terdapat 22 mangsa keseluruhan terdiri daripada dua yang maut iaitu pemandu bas lelaki tempatan dan seorang penumpang wanita Indonesia.

Menurutnya, tujuh individu pula mengalami kecederaan parah telah berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

13 Mangsa Cedera

“Sementara itu terdapat 13 mangsa yang cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban. Mangsa di dalam kereta jenis Proton Wira pula iaitu seorang lelaki dan seorang wanita tempatan cedera.

“Mangsa yang lain masih menerima rawatan dan operasi ditamatkan pada pukul 9.23 pagi tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui MERS999 pada pukul 5.05 pagi.

Menurut PGO, sebuah jentera FRT dan sebuah Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan orang anggota diketuai Komander Operasi Ketua Balai PKPgB, Bakarya Mohd. Salleh, seorang Penyelia dan enam orang anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply