Bapa Durjana Dijatuhkan Hukuman Penjara 218 Tahun. | MUAR: “Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah.

Bapa Durjana

“Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor,” itulah teguran Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara 218 tahun serta 75 sebatan terhadap seorang bapa selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual anak kandung hingga bersalin, sejak 2020.

Tertuduh berusia 41 tahun bekerja kampung membuat pengakuan bersalah terhadap kesemua lapan pertuduhan dengan tujuh daripadanya membabitkan kejadian rogol yang bermula ketika anak kandungnya berusia 12 tahun.

Mengikut fakta kes, kejadian pertama berlaku apabila tertuduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anaknya pada waktu malam tahun 2020.

Selepas itu, tertuduh melakukan perbuatan jijik terhadap mangsa pada Oktober tahun sama dengan merogolnya dan kejadian terakhir berlaku pada jam 8 pagi, 5 Jun lalu.

Mangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya, memberitahu tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol namun gagal.

Kejadian terbongkar selepas sesi pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mangsa dan mendapati berlaku perubahan fizikal pada tubuhnya.

Mangsa ketika itu tidak mengetahui dia mengandung sebelum membuat laporan polis terhadap tertuduh.

Tertuduh pertama kali didakwa pada 14 Jun dan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan. Semua kejadian berlaku di sebuah rumah di Semerah dekat sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukumana penjara sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga 10 kali sebatan.

Sebaik mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun dan dua sebatan untuk kesalahan amang seksual fizikal.

Bagi kesalahan merogol pula, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 30 tahun penjara dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, bagi hukuman amang seksual fizikal, mahkamah mengarahkan kedua-duanya dijalankan secara berasingan manakala kesalahan merogol berjalan serentak dengan semua hukuman bermula dari tarikh ditahan 8 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Danial meminta mahkamah mempertimbangkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kelakuan tertuduh terhadap anak kandung yang masih mentah ketika kejadian serta tidak pernah menyesal malah mengulangi kesalahan hingga ditangkap.

Sumber : BH

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Bapa Durjana. Seorang Lelaki Ditahan R0g0l Anak Sejak Setahun. | KOTA BHARU – Seorang buruh kampung diberkas selepas disyaki tergamak merogol anak kandungnya yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh, dekat sini sejak setahun lalu.

durj

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek yang berusia 49 tahun dicekup selepas ibu mangsa membaca perbualan lucah dua beranak itu menerusi aplikasi WhatApps pada telefon pintar anaknya, Jumaat lalu.

Menurutnya, menerusi laporan yang dibuat oleh ibu mangsa, polis telah menahan suspek di rumahnya di sebuah kampung di Pasir Puteh dekat sini semalam.

“Siasatan awal mendapati, ibu dan bapa mangsa berkahwin pada tahun 2004 sebelum bercerai tiga tahun kemudian semasa remaja itu berusia enam bulan. Mangsa kini tinggal bersama ibunya di Melor, dekat sini bersama seorang lagi adik-beradiknya.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia pertama kali dirogol tahun lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bapanya. Lelaki itu memesan kepada remaja itu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun termasuk ibunya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Sumbangan Warga Asnaf Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, siasatan mendapati, kekerapan bapa merogolnya dianggarkan sekali seminggu dan kejadian tersebut menyebabkan remaja berkenaan ketagih untuk melakukan perhubungan terlarang itu.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, kali terakhir lelaki itu merogolnya pada Khamis lalu dan dia turut memaklumkan mereka telah melakukan perhubungan itu lebih 10 kali.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu akan mengambil mangsa di rumah pada waktu malam secara senyap-senyap semasa ibunya sedang tidur dan menghantar anaknya semula sebelum wanita tersebut terjaga.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan doktor mengesahkan remaja itu tidak mengandung selain ada kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya.

Tambah Shafien, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan rogol dan sumbang mahram.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply