13 Tempat Makan Best Seafood Di Bachok, Kelantan | Bachok  terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chakBan bermaksud kampung dan chak bermaksud nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang.

Terdapat banyak pantai yang terkenal di kawasan Bachok, termasuk Pantai Irama, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Kandis. Pasir pantai yang putih memberikan kedamaian kepada pengunjung. Jika anda sedang bercuti atau ingin berehat sementara di Bachok, kami kongsikan kepada anda restoran makanan laut yang best dan menarik untuk dicuba.

1. RIVER VILLAGE ROOFTOP RESTAURANT – SEAFOOD

Bagi yang nak berhajat merasai kesedapan masakan seafood dan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran River Village Rooftop ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review yang padu, dan harga pula murah dan berpatutan dengan makanan yang super sedap.

Restoran ini juga sangat sesuai disinggahi bersama keluarga untuk makan disini. Jika ada yang ingin mencuba makanan lain, jangan risau pekerja River Village Rooftop ni ramah dan mesra! Anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Selain seafood dan western, terdapat aneka minuman yang menarik.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini, Lokasi restoran ini terletak di RV RoofTop, 16300 Bachok, Kelantan. Waktu operasi pada setiap hari, kecuali hari Rabu pada jam 3 petang sehingga 12 tengah malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no tel 014-3234577.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RVRooftopBachok/

2. POK WEIL TIRAM – SEAFOOD

Bagi peminat makanan laut tiram, inilah kedai yang wajib korang kunjung. Restoran ini diusahakan oleh Pok Weil yang merupakan guru dikir barat di Kemayang.Menurut Pok Weil, tiram yang disediakan di gerai beliau merupakan tiram segar yang diternak sendiri olehnya.

Tiram yang dimasak akan dikutip pada pagi untuk dibersihkan dan diletakkan kembali kedalam air bersih supaya tiram segar dan sedia untuk dimasak. Restoran ini juga pernah viral suatu ketika dahulu.

Berminat untuk berkunjung ke sini? Lokasi restoran ini terletak di kg gong batu,kemayang tawang 16320 bachok, Bachok, Malaysia. Waktu operasi adalah pada setiap hari kecuali hari Rabu, pada jam 12.00 tengah hari sehingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi no telefon 013-9442711.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Pembekaltiramfresh/

3. RESTORAN SELERA NELAYAN – SEAFOOD

Bagi peminat ketam nipah ini merupakan restoran yang wajib anda kunjungi. Restoran Selera Nelayan menyediakan ketam nipah yang segar dan juga masakan panas yang lain. Ketam nipah yang dimasak panas-panas setiap hari pasti akan membuatkan anda ingin berkunjung sekali lagi.

Rahsia hidangan yang sedap dan terjaga dengan baik hanya diungkap di sini. Tunggu apa lagi? Jom berhibur dengan rasa makanan yang luar biasa!

Perjalanan rasa yang luar biasa menanti anda di Restoran Selera Nelayankami! Datang dan terpesona dengan kombinasi unik hidangan yang pasti memuaskan selera anda. Lokasi restoran ini terletak di 53, 189, 16300 Bachok, Kelantan. Waktu operasi adalah setiap hari pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam dan jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi di no tel 019-9116722.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/seleranelayanofficial?locale=ms_MY

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best seafood di kawasan Bachok ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply