Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Tempat Makan Best Sarapan Di Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Bukit Mertajam adalah tempat yang best untuk anda kunjungi, baik untuk mengeksplorasi sejarah dan budayanya, menikmati makanan yang sedap, atau bersantai di taman-taman yang indah. Bukit Mertajam mempunyai banyak port-port sarapan yang anda tak tahu.

Jika anda sedang mencari tempat makan yang best di Bukit Mertajam tapi tak tahu dimana, Di sini dikongsikan beberapa tempat makan yang menarik untuk anda sarapan yang perlu anda cuba di sekitar Bukit Mertajam ini.

 

1. KEDAI KOPI ABANG DIN – SARAPAN

Kedai breakfast paling popular dan viral di Bukit Mertajam iaitu Kedai Kopi Abang Din. Di sini, kuey teow goreng dan air kopi mereka merupakan menu paling digemari oleh pengunjung yang datang. Makanan mereka yang lain pon sedap-sedap dan harga sangat murah dan rahmah. Suasana kedai mereka pon tenang dan bersih. Anda wajib datang dan rasa makanan sarapan pagi mereka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 505, Jalan Permatang Rawa, Kawasan Perniagaan, Permatang Rawa, 14000 Bukit Mertajam, Penang. Warung ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 018-402 0065.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100047670622787

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kedaikopi_abangdin/?hl=en

 

2. KEDAI MAKAN YUS ROTI JALA – SARAPAN

Penggemar roti jala semestinya anda wajib kunjungi kedai makan yus roti jala ni bagi mencuba roti jala mereka yang special dan menjadi menu kegemaran pengunjung yang datang ke sini. Roti jala mereka dihidangkan duah kuah kari yang pekat dan cukup rempah-ratus. Anda pasti akan teringat-ingat setelah merasainya.

Harganya juga berpatutan dan sesuai dengan makanannya. Selain roti jala, terdapat jugak pek nga kelapa yang dihidangkan dengan kari atau gulai ayam. Mereka juga menyajikan nasi lemak bagi yang ingin mencuba makanan lain.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jalan Kebun Sireh, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 6.30 pagi sehingga 10 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-484 8534.

 

3. NASI LEMAK PERMATANG RAWA – SARAPAN

Nasi Lemak Permatang Rawa merupakan tempat sarapan pagi yang menarik. Menu yang dihidangkan of course nasi lemak, tapi banyak lauk seperti sambal kerang, sambal sotong kering, gulai ikan, paru goreng, sosej, telur puyuh, ayam goreng & banyak lagi. Servis dan layanan yang baik jugak. Sambal mereka agak manis kalau dimakan saja. Overall semuanya sedap-sedap belaka.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 22, Jalan Permatang Rawa 1, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 2.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  019-333 8259.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasilemakpermatangrawabm/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Bukit Mertajam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply