13 Tempat Makan Best Sarapan Di Klang, Selangor | Klang telah berkembang menjadi pusat industri dan komersial utama di Malaysia. Ia terkenal dengan pelabuhan sibuknya, Port Klang, yang merupakan salah satu pelabuhan tersibuk di Asia Tenggara. Bandar ini juga merupakan tempat untuk pelbagai industri pengeluaran, termasuk pengeluaran getah, minyak sawit, dan tekstil.

Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Klang? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Klang, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

 

1. WARONG CHE LIMAH – SARAPAN

Di Warong Che Limah anda boleh merasai suasana nolstagia, makan ala-ala zaman dulu-dulu. Siap pula didendangkan dengan lagu-lagu retro seperti P.Ramlee. Menu banyak yang menarik dan nostalgia! Ada Roti telur goyang, lempeng sambal,roti benggali, roti kaya dan kopi ais kaw wajib cuba!! Semua makanan dekat sini harga marhaen jer tau. Korang wajib datang cuba.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di PT, 84817, Jalan Belimbing Buluh 2/KU10, Tmn Meru Damai, 42200, Meru, Klang, Selangor, Klang, Malaysia. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-303 4490.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warong-Che-Limah-HQ-100083042811153/

 

2. WARONG PAK ANDAK – SARAPAN

Warong Pak Andak ini juga mendapat rating yang tinggi di Google dan semua pengunjung yang datang memberi komen dan review yang bagus dan mengatakan makanan mereka sedap. Antara menu yang ada dekat sini ialah Nasi Lemak Sambal Paru mereka. Ini merupakan menu popular dan menu wajib korang cuba.

Selain nasi lemak, korang juga boleh mencuba menu lain seperti roti bakar, putu mayam, mee goreng, nasi impit dengan kuah kacang dan kopi panas mereka. Harganya juga murah dan semua mampu untuk merasai menu sarapan yang dapat membuat anda terliur ini.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Kastam, Kampung Kastam, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 014-606 1233.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Warong-Pak-Andak-100084832984540/?locale=ms_MY

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@warong_pak_andak

 

3. RESTORAN KUKUS – SARAPAN

Tempat yang bagus untuk menikmati sarapan dengan vibe-vibe zaman dulu. Membawa kembali kenangan seperti era P. Ramlee pada tahun 70an dan 80an. Terdapat banyak barang lama dan barang koleksi di sini. Semuanya dijaga dengan baik, dan kedai ini juga bersih dan teratur.

Pelbagai jenis makanan yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Roti bakar, ubi kayu, lempeng, nasi dengan lauk juga enak untuk dicuba. Terdapat banyak tempat duduk di sini. Staff mereka juga mesra dan mahir dalam berurusan dengan pelanggan. Penghantaran makanan juga cepat. Sangat berbaloi bagi korang yang nak pergi ke Klang untuk mencuba restoran ini.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di TBG 1004, 70, Jln Tepi Sungai, Taman Wangi, 41100 Klang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 9.30 pagi sehingga 3.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  017-202 0802.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kukusklasik/?hl=en

 

4. CAFE SALIM – SARAPAN

Jika anda mencari sesuatu yang berbeza untuk sarapan, ini adalah tempat yang tepat. Restoran ini berkonsepkan “Inggeris, Continental, dan Tempatan”. Dari French toast, creamy scramble egg hingga steak, semuanya disajikan di sini. Perkhidmatan di sini pantas walaupun penuh dengan pengunjung yang datang. Makanan mereka juga sedap, autentik, dan kaya dengan rasa. Selain hidangan Barat, restoran ini juga menyajikan nasi lemak dan laksa Sarawak.

Tempat yang selesa untuk keluarga menikmati makanan mereka. Kalau korang datang pada hujung minggu, agak sesak. Perlu beratur sebelum masuk ke dalam restoran. Secara keseluruhan, semuanya okay.  Hidangan terbaik dengan harga terbaik.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 4819, Jalan Cempaka, Meru, 41050 Klang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  011-1120 2355.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/profile.php?id=100070609460550

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cafesalim/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Klang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply