13 Tempat Makan Best Sarapan Di Mersing, Johor | Mersing adalah sebuah bandar yang terletak di Johor. Ia terkenal sebagai destinasi percutian dan juga sebagai lokasi persinggahan untuk ke kebanyakan pulau yang ada di sekitar Johor. Jika anda ingin merasai pengalaman seperti bercuti di luar negara, banyak yang mengesyorkan untuk bercuti di sini.
Datang ke Mersing tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best. Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Mersing, Johor.
1. LONTONG DARAT – SARAPAN
Kedai lontong darat ini merupakan kedai yang viral di media sosial. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini akan mencuba lontong darat mereka. Lontong darat mereka ini merupakan resepi turun-temurun dari nenek moyang keluarga pemilik kedai ini. Ramai pengunjung yang datang ke sini memberi komen dan review yang memuaskan dan best. Kalau korang nak cuba menu sarapan yang lain pon ada dekat sini.
Berminat ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 1589, Jalan Sri Pantai, Kampung Paya Tinggal, 86800 Mersing, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-791 4180.
2. NASI DAGANG WARISAN KAK JU – SARAPAN
Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di J80, Kampung Tanjung Genting, 86800 Mersing, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-725 4042.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasidagangwarisankakju/?locale=ms_MY
3. KEDAI MAKAN SITI – SARAPAN
Kedai Makan Siti juga merupakan salah satu kedai yang viral dekat Mersing, Johor. Dekat sini mereka ada sediakan nasi lemak dengan udang galah dua ekor dan telur mata. Nasi lemak mereka merupakan menu bestseller mereka. Rata-rata pengunjung yang datang pasti akan recommend menu nasi lemak ni dekat orang ramai.
Korang bolehlah ajak kawan dan keluarga datang breakfast dekat sini. Harga pon murah dan mereka juga ada menyediakan menu makan tengah hari iaitu nasi berlauk dengan lauk-lauk seafood.
Berminat ingin datang ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di J86, Kampung Bahagia, 86800 Mersing, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7.30 pagi sehingga 3.30 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-737 8933.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat sarapan terbaik di daerah Mersing ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin menambahkan tempat anda ke dalam daftar ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Mersing. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!