13 Tempat Makan Malam Best di Taiping, Perak | Taiping terletak di antara Ipoh dan Butterworth adalah salah satu bandar yang paling awal di Malaysia dan ianya kaya dengan sejarah  serta beberapa tarikan pelacongan. Walaupun bandar Taiping ini popular dengan warisannya, disini juga terkenal dengan pelbagai hidangan yang lazat.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Taiping, Perak.

 

1. LA BURGER TAIPING (LA BURGER KUKUS BAKAR) – MAKAN MALAM

Kalau korang penggemar burger, korang boleh cuba makan di La Burger Taiping. Dikatakan restoran ini menyajikan burger terbaik disini. Terdapat pelbagai menu yang korang pilih antaranya Classic, Double Trouble, Tower Mania, Smoky Steak Burger dan banyak lagi. Korang pasti puas punya sebab burger mereka mempunyai dagingnya yang cukup juicy, tebal dan sangatlah berbaloi. Dari segi harga pula, cukuplah murah dan berpatutan. Bagi yang tidak mahu burger, jangan risau mereka juga ada menyajikan makanan seperti Western, Nasi, Sizzling Yee Mee, Pasta dan Mee. Selamat mencuba.

Kafe ini terletak di Taiping Railway Station, Lama, 34000 Taiping, Perak dan beroperasi setiap hari kecuali Khamis pada 5 petang hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingi membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-5889 4430

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/laburgertaiping/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/laburgertaiping/

 

2. LEPAK KITCHEN – MAKAN MALAM

Restoran ini merupakan salah satu tempat makan malam yang korang patut cuba di Taiping ini. Dimana hiasan dalamannya cukup moden dan selesa untuk anda seisi keluarga makan malam bersama atau bersantai-santai dengan rakan-rakan. Makanan cukup sedap, portion yang memuaskan dan harga pun cukup berpatutan. Kalau korang datang makan disini, korang boleh cuba Cheezy Chicken Chop yang menjadi pilihan ramai. Pasti korang akan puas punya.

Restoran ini terletak di Jln Taman Kaya, Taman Sungai Mas, 34000 Taiping, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 5 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 0177154018

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lepakkitchen/

 

3. KOPI SATU SATU SEMBILAN & TITIK SANTAP – MAKAN MALAM

Kafe ini merupakan salah satu hidden gem yang ada di Taiping ini. Kopi Satu Satu Sembilan dan Titik Santap amatlah sesuai bagi korang yang sukakan suasana nyaman dan estetik. Mereka ada menyajikan pelbagai jenis kek, minuman dan burger. Korang boleh cuba singgah disini.

Lokasi kafe ini di 119, Jalan Sultan Idris, Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 8 pagi hingga 11 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 05-883 6409.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kopi119titiksantap/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopisatusatusembilan/

 

4. OASIS ARABIC YEMENI CUISINE – MAKAN MALAM

Kalau korang craving nak makan masakan Yemeni, korang boleh singgah disini. Oasis Arabic Yemeni Cuisine merupakan salah satu restoran yang wajib dikunjungi kerana dikatakan makanan yang dihidangkan disini amatlah sesuai dengan selera tempatan. Makanannya cukup sedap, suasana selesa seolah-olah berada di rumah, perkhidmatan yang pantas dan harga pun cukup berpatutan tau. Terdapat banyak pilihan makanan yang korang boleh cuba antaranya Mandy Lamb Kebab, Mandy Chicken Rice, Nasi Arab Mendi , Chicken Khabsa, Lamb Khabsa dan banyak lagi.

Lokasi ini di 42, Jalan Asam Kumbang, Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 12 petang hingga 10:30 malam. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-10084830.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KIKZenterprise/

 

5. STATION FMS TAIPING @ SELERA TAIPING – MAKAN MALAM

Kalau korang lapar tapi tak tahu nak makan dekat mana, korang boleh cuba singgah di Station FMS Taiping @ Selera Taiping.  Dekat sini, banyak jenis makanan dan minuman yang korang boleh nikmati seperti makanan Western dan juga makanan Local. Yang pasti akan membuatkan anda rambang mata punya. Perkhidmatan disini adalah secara self-service dan persekitaran juga cantik dimana tempat duduk luar berdekatan dengan taman tasik.

Lokasi Station FMS ini di Station fms, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak dan dibuka pada setiap hari kecuali Khamis, Jumaat hingga Ahad pada 12 petang hingga 12 pagi, Isnin hingga Rabu pada 1 petang hingga 12 pagi. Kalau ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-5506441.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Station-FMS-Selera-Taiping-100055314860223/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan  malam terbaik di daerah Taiping ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Taiping, Perak. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply