13 Tempat Makan Malam Best di Seberang Jaya, Pulau Pinang | Seberang Jaya, sebuah bandar yang berada di tengah Butterworth dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Nama bandar ini adalah variasi daripada Seberang Perai. Kalau korang nak tahu, bandar ini adalah salah satu kawasan perumahan dan komersial yang penting disini yang semakin pesat membangun. Bukan setakat itu sahaja, dekat sini terdapat juga banyak tempat makan yang menarik tau.
Korang lapar pada waktu malam tapi tak tahu nak makan dekat mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best yang ada di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
1. RESTORAN ANGGERIK DESA – MAKAN MALAM
Restoran ini adalah salah satu restoran yang popular dalam kalangan penduduk disini. Mereka menghidangkan banyak masakan Melayu terutamanya masakan negeri Kelantan. Bagi yang rindu atau nak rasa masakan negeri Kelantan tetapi berada di Pulau Pinang, bolehlah korang singgah disini. Harga amat berpatutan, portion banyak dan yang paling penting pasti korang akan puas hati punyalah. Selamat mencuba.
Lokasi restoran ini di 21, Jln Todak 4, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 8 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-51780905.
2. DE PAUH GARDEN RESTAURANT & CAFE – MAKAN MALAM
Nak makan malam bersama keluarga tapi tak tahu kat mana? Korang boleh cuba singgah di De Pauh Garden Restaurant & Cafe ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai masakan seperti masakan tempatan, Western dan Thai. Korang pasti suka punya sebab portion makanan disini sangatlah banyak dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Lokasi De Pauh Garden ini di 1618, Jln Permatang Pauh, Taman Pauh, 13500 Perai, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 12 tengahari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 019-4561618.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/depauhgardenofficial/
3. ASAM PEDAS & KARI KEPALA IKAN TENGGIRI SEBERANG JAYA – MAKAN MALAM
Craving asam pedas pada waktu malam? Asam Pedas & Kari Kepala Ikan Tenggiri adalah tempat untuk korang. Restoran ini menyediakan Asam Pedas yang mampu memikat hati anda. Walaupun kelihatan simple tapi rasanya sangat sedap. Kalau korang ada dekat sini, korang bolehlah cuba Asam Pedas & Kari Kepala Ikan Tenggiri. Korang mesti puas hati punya.
Lokasi restoran ini di 5, Lorong Tenggiri 25, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 5 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-4682314.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Kari-Kepala-Ikan-Asam-pedas-100065222601782/
4. NASI AYAM GEMAS PAK MUS SEBERANG JAYA – MAKAN MALAM
Korang craving nak makan Nasi Ayam? Korang kena ke Nasi Ayam Gemas Pak Mus Seberang Jaya. Nasi Ayam Gemas Pak Mus Seberang Jaya adalah sebuah restoran yang popular dan antara yang terbaik di Seberang Jaya dengan hidangannya, Nasi Ayam. Dikatakan kulit ayam disini sangat rangup, isi ayamnya tetap moist dan berperisa, dan nasinya sungguh sedap. Memang berbaloi la dengan harga yang ditawarkan. Korang pasti akan suka punya.
Lokasi Nasi Ayam Gemas ini di 7, Lebuh Tenggiri 2 Pusat Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 11:30 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-9442876.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nagpmSbgJaya/
5. MEE POKOK CERI ASLI SEBERANG JAYA – MAKAN MALAM
Korang suka makan Mee? Kalau jawapan korang ya, Mee Pokok Ceri Asli Seberang Jaya adalah jawapannya. Dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis Mee yang korang boleh pilih . Kalau korang nak tahu, Mee disini sangatlah gravy, flavourful dan lembut. Bukan setakat sedap je tapi portion dan harga juga sangatlah berpatutan. Cuba sekali pasti nak lagi.
Lokasi ini di gerai hujung 2nd last, No.20, Medan Selera, Taman Siakap, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang dan dibuka pada setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-4633572.
WEBSITE PAGE: https://mee-pokok-ceri-asli-seberang-jaya.business.site/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Seberang Jaya ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!