3 Tempat Makan Tengahari Best Di Tangkak, Johor | Ledang adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Johor. Ledang atau juga digelar sebagai Tangkak adalah bandar yang kecil di negeri Johor. Jika anda mengunjungi kawasan ini pasti anda ingin mencari tempat makan yang best disini bukan? Bila sudah masuk tengahari pasti perut sudah berbunyi dan korang rasa susah nak cari tempat makan yang best dalam keadaan sebegitu.
Jadi korang jangan risau sebab kami ada menyenaraikan kepada korang tempat makan tengahari best di Tangkak, Johor untuk korang. Macam biasa kami akan memperkenalkan 3 tempat makan best sahaja dalam artikel ni. Jadi kalau korang dah rancang nak kunjungi bandar Tangkak ni bolehlah ambil peluang untuk makan di tempat yang kami cadangkan ini.
1. Nasi Ayam Ali
Jika anda mencari hidangan yang mudah untuk keluarga anda, anda bolehlah mencuba nasi ayam di Nasi Ayam Ali. Hidangan yang disajikan disini memang sesuai untuk anak anak dan yang penting sedap. Antara menu makan disini semestinya, nasi ayam dengan ayam madu yang dihidangkan bersama sup cendawan dan sambal khas. Selain ayam madu, hidangan menu ayam blackpepper juga turut disediakan.
Harga nasi ayam disini agak mahal dari kedai makan yang lain. Jadi kalau korang datang memang memikirkan bajet, kami saran untuk lupakan niat nak kunjungi Nasi Ayam Ali. Tapi kalau korang memikirkan kepuasan hati keluarga boleh lah bawa mereka makan di Restoran Nasi Ayam Ali.
Amacam terliur kan nampak nasi ayam ni?
Kalau korang bercadang nak singgah makan di Restoran Nasi Ayam Ali, ini alamatnya: 1978, Jalan Muar, Kampung Padang Lalang, 84900 Tangkak, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh lah hubungi no 011-1792 8454. Restoran ini dibuka pada jam 12.00 tengahari dan ditutup pada jam 9 malam.
Facebook Page: Nasi Ayam Ali Tangkak
2. Warong D’Mampir Nasi Lemak
Kalau korang nak makan sesuatu yang lain dari yang lain untuk tengah hari ni, korang bolehlah datang mengunjungi Warong D’Mampir Nasi Lemak. Warong ni menawarkan menu yang nasi lemak, bihun sup, mee bandung dan lain-lain. Antara menu yang popular disini ialah nasi lemaknya kerana keunikkan nasi lemak ini dihidangkan bersama sate sambal sotong. Jadi bila dah ada peluang kunjungi warong ni korang harus mencubanya.
Harga menu makanan disini semuanya sangat berpatutan. Jadi boleh lah korang bawa rakan dan keluarga untuk makan tengahari disini. Warong ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu dan khamis pada jam 7 pagi hingga 11 malam. Jadi kalau dah nak singgah tu jangan lupa tengok hari dulu.
Nampak menarik dan sedap kan menu makanan disini.
Kalau korang ingin jadikan warong ni sebagai tempat makan best untuk tengah hari, ini alamatnya: Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor (Sebelah Pejabat Pos Tangkak).
Facebook Page: D’Mampir Nasi Lemak
3. Asam Pedas Power Bus Stand Tangkak
Korang rasa nak makan masakan kampung saja untuk tengah hari? Korang jangan risau sebab tempat makan yang terakhir ini banyak hidangan lauk pauk yang segar dan menyelerakan. Kalau yang gemar makan asam pedas ni boleh lah singgah makan disini kerana banyak menu masakan ikan yang boleh didapati disini seperti ikan pari. kembung. mayong. merah. jenahak. dan Parang. Selain itu, hidangan masakan lain turut disedia disini. Jadi senang untuk korang pilih masakan kegemaran bila singgah makan tengah hari di Asam Pedas Power Bus Stand Tangkak.
Harga makan disini berpatutan dengan harga makanan di Johor. Kalau korang dah fikir bajet tu jangan berangan lah nak ambil lauk banyak banyak bila nampak banyak masakan kegemaran tu. Tahan nafsu tu korang. Hihi!
Nampak menyelera, kan? Medan selera ini dibuka pada setiap hari jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada jam 9 malam.
Kalau korang dah rancang nak singgah makan tengah hari disini. Ini alamatnya, Medan selera no 11 perhentian bas dan teksi tangkak, Tangkak, Johor, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan boleh lah call no. 012-601 3796.
Facebook Page: Asam Power Pedas Bus Stand Tangkak
Adakah kami telah membantu anda mencari tempat makan tengahari best untuk korang di Tangkak, Johor ini? Habis baca jangan lupa tekan SHARE dan kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda.