13 Tempat Makan Malam Best di Kota Tinggi, Johor | Kota Tinggi, sebuah bandar di negeri Johor. Kota tinggi ini sangatlah popular dengan keindahan alam semula jadi seperti Air Terjun Kota Tinggi, Taman Negara Endau-Rompin. Bukan setakat itu saja, bandar ini juga mempunyai tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Kota Tinggi, Johor ini.

 

1. RUMAH NGOPI – MAKAN MALAM

Kalau korang pencinta kopi, korang kena datang ke Rumah Ngopi ini. Rumah Ngopi adalah sebuah restoran yang pakar dalam menghasilkan air kopi. Dekat sini ada bermacam macam jenis air kopi yang korang boleh cuba. Minuman ini lebih terasa apabila berehat atau lepak bersama kawan korang. Memang padu lah orang kata. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Rumah Ngopi ini di 4, Jalan Sungai Siput, Bandar Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-6565959. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kopikotatinggi/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rumah_ngopi/

 

2. KAFE RS BOLA BOLA – MAKAN MALAM

Craving makanan tempatan dan Western? Korang boleh ke Kafe Rs Bola Bola ini. Kalau korang nak tahu, mereka ada banyak jenis hidangan seperti makanan tempatan dan Western yang korang boleh dapatkan. Antaranya ialah Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Mee Kari, Chicken Chop, Grilled Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya kerana portion disini sangat besar dan mengenyangkan. Harga yang ditawarkan pun sangatlah berbaloi.

Lokasi kafe ini di 81900 Kota Tinggi, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 4 petang hingga 10:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-3666224. 

3. GEBEK WESTERN FOOD’S KOTA TINGGI – MAKAN MALAM

Nak makan makanan Western tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, korang boleh ke Gebek Western Food’s Kota Tinggi ini. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba banyak jenis hidangan seperti Grilled Lamb, Chicken Chop, Aglio Olio Chicken, Chicken Chop, French Fries, Nasi Goreng Chicken Chop dan banyak lagi. Tempat ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga kerana suasana, perkhidmatan, harga dan portion sangatlah baik dan berbaloi. Jadi, selamat menjamu selera!

Lokasi restoran ini di LOT 19138, JALAN BY PASS, Jalan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 3:30 hingga 11:30 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-7403827. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Gebekk-Western-Foods-Kota-Tinggi-100085997457875/

 

4. CHEESE U – KOTA TINGGI – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan suasana yang tenang dan cantik? Cheese U adalah jawapannya. Cheese U adalah salah satu restoran best di Kota Tinggi ini. Apa yang menarik dekat sini ialah hiasan disini sangat lah memukau, suasana tenang, perkhidmatan pun sangat friendly, makanan pun terbaik. Dekat sini bermacam macam jenis hidangan yang korang boleh cuba. Antaranya ialah Chicken Rice, Bake Rice Grilled Chicken Salad, Nasi Ayam Penyet with Sambal Hijau dan banyak lagi. Restoran ini amatlah sesuai bagi korang yang nak makan bersama keluarga atau kawan-kawan. Memang takkan menyesal punya.

Lokasi Cheese U ini di No. 1A & 1B, Jalan Tun Habab, 81900 Kota Tinggi, Johor dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-5206593.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Cheeseu.KotaTinggi/

INSTAGRAM PAGE: https://www.facebook.com/Cheeseu.KotaTinggi/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Kota Tinggi ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kota Tinggi ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply