13 Kafe Menarik Untuk Kunjungi di Kangar, Perlis | Khalifah Media Networks – Kangar bukan lah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia merupakan bandar terbesar di negeri Perlis ini. Dekat sini, terdapat banyak tempat makan menarik yang masih ramai lagi tak tahu lebih-lebih lagi tentang kafe menarik.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kangar, Perlis ini.
1. NGOPI@KANGAR – KAFE
Anda seorang Coffee Lover? Kalau jawapan anda ‘Ya’, maka Ngopi@Kangar ini adalah tempat untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Ngopi@Kangar adalah sebuah kafe yang cukup famous dalam kalangan penggemar kopi di Kangar ini. Dikatakan aroma kopinya akan membuatkan kesemua hidangan disini lebih menarik. Rata-rata pelanggan yang pernah kunjung disini sangat lah berpuas hati dengan suasana yang cukup bersih, kemas, selesa, luas, perkhidmatan yang cukup mesti dan pelbagai jenis hidangan yang boleh didapati. Bukan setakat itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Jadi, bagi yang suka kopi dan suka berootd boleh singgah di Ngopi@Kangar ini. Pasti anda takkan menyesal punya…
Lokasi Ngopi@Kangar ini di No 24, Jalan Kapitol, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10:30 malam kecuali Jumaat dibuka pada 3 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-4404919.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ngopikangarperlis/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ngopikangar/
2. TFF CAFE – KAFE
Sebut sahaja TFF Cafe pasti ramai yang sudah tahu akan kelazatannya. TFF Cafe adalah sebuah kafe yang paling popular di Kangar. Di Google, seramai 933 orang memberikan feedback hingga kafe ini mendapat sebanyak 4.5 bintang. Rata-rata yang buat pertama kali kunjung disini, mereka sangat lah berpuas hati dan rekomen kepada orang lain untuk singgah disini. Dekat sini, pelbagai menu yang anda boleh cuba. Antaranya seperti Chocolate Oreo, Chocolate Frappe, Chocolate Chip, Iced & Hot Latte Chocolate Biscoff, Matcha dan banyak lagi. Kalau anda ingin melepak bersama kawan atau keluarga tersayang, boleh lah cuba di TFF Cafe ini. Pasti anda akan suka punya.
Lokasi kafe ini di Jalan Dahlia, Taman Ira, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tffcafeperlis/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tffcafe/
3. OVEN RIMBA CAFE – KAFE
Kalau anda ada di Arau sekarang ini, anda boleh cuba singgah di Oven Rimba Cafe. Kami pasti anda akan jatuh cinta dengan kafe satu ini. Oven Rimba Cafe adalah salah sebuah kafe yang menarik untuk anda cuba. Dikatakan dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis hidangan yang menyelerakan. Antaranya seperti Spaghetti Carbonara Chicken, Buttermilk Spaghetti, Wanpaku Sandwich, Nachos dan banyak lagi. Suasana disini cukup lah selesa dimana dilengkapi dengan pendingin hawa, susunan kerusi yang cukup kemas, hiasan dalaman yang estetik. Jadi, kafe ini amat lah sesuai untuk seorang yang suka berootd, lepak bersama kawan kawan ataupun seisi keluarga. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Oven Rimba ini di Jalan Santan, Kampung Padang Lati, 02400 Kangar, Perlis dan dibuka pada hari Sabtu hingga Ahad pada 11 pagi hingga 10 malam manakala Selasa hingga Jumaat dibuka pada 12 tengah hari hingga 9 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-4059290
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ovenrimba/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ovenrimba/
4. GEREG CAFE – KAFE
Anda dah terlalu biasa dikecewakan? Jangan risau, Gereg Cafe pasti akan dapat memuaskan hati anda yang terluka itu. Gereg Cafe adalah salah sebuah kafe yang wajib anda kunjungi apabila ada di Arau ini. Dikatakan kafe ini mempunyai pelbagai hidangan yang mengiurkan. Rata-rata pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan Smoked Duck Pasta Carbonara, Smoked Duck Salad, Caramel Macchiato dan banyak lagi. Memang terbaiklah orang kata. Harga yang ditawarkan pun sangatlah berbaloi dengan kelazatan. Anda tak percaya? Tak apa, anda boleh cuba rasai sendiri pengalaman. Pasti anda akan repeat punya…
Lokasi ini di Lot 1800, Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis pada 8 pagi hingga 4:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-4274280.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/geregcafe/
INSTAGRAM PAGE:https://www.instagram.com/geregcafe/
5. KOFFEE KITCHEN – KAFE
Koffee Kitchen adalah sebuah kafe yang tidak kurang hebatnya. Dimana ianya amat lah popular dengan bermacam jenis kopi, pencuci mulut dan makanan berat yang menarik untuk anda cuba. Antaranya seperti Chicken Steak, Chicken Nugget, Creamy Pasta dan banyak lagi. Sememangnya sedap dan saiz portion pun cukup besar, memang sesuai lah untuk seorang big eater. Apa yang menarik lagi tentang kafe ini adalah walaupun kafe ini dipenuhi oleh orang ramai pada waktu malam tetapi suasananya tidak lah terlalu bising. Jadi, Koffee Kitchen ini amat lah sesuai untuk anda yang ingin bersantai-santai. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi Koffee Kitchen ini di 27, Exit Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Guar Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad pada 8:30 pagi hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-4282700.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KoffeeKitchen/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/koffeekitchen/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah Kangar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kangar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!