13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Sungai Petani, Kedah | Khalifah Media Networks – Sungai Petani adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Ia adalah bandar terbesar di Kedah yang berfungsi sebagai pusat ekonomi dan komersial penting di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Walaupun bandar ini popular dengan kepesatannya, ia juga popular dengan banyak kafe yang menarik untuk anda bersantai santai.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Sungai Petani, Kedah ini.

 

1. EZY DELITES CAFE – KAFE

Kalau anda ada di Sungai Petani ini, anda wajib kunjung ke Ezy Delites Cafe. Kafe ini pasti akan membuatkan anda jatuh cinta dengan kelazatan hidangan disini. Dikatakan dekat sini terdapat bermacam macam jenis hidangan yang anda boleh cuba. Portion dan harga makanan disini juga cukup besar dan berpatutan. Sememangnya terbaik. Jadi, kalau anda ingin melepak bersama kawan atau makan bersama keluarga boleh kunjung disini. Sebelum kita ke kafe yang lain, jom tengok dulu gambar menu ini. Mengiurkan…

Lokasi kafe ini di 43, Lorong BLM 1/1, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 7:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-4216337.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ezydelitescafe/

 

2. HALF FULL CAFE – KAFE

Inginkan kafe dengan vibe minimalist dan suasana yang menenangkan? Kalau jawapan anda ‘Ya’, Half Full Cafe adalah tepat untuk anda. Half Full Cafe adalah salah sebuah hidden kafe dan menarik yang masih ramai tak tahu lagi. Dekat kafe ini terdapat banyak pilihan minuman yang anda boleh dapatkan seperti Kopi, Matcha dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, kafe ini juga menjual kek yang menarik untuk dicuba. Jadi, anda boleh lah berehat dengan hirupan kopi dan kek yang lazat. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi Half Full Cafe ini di 4, Jln NCity 1/1, N-City Business Park, 08000 Sungai Petani, Kedah dan dibuka setiap hari, Isnin hingga Khamis pada 10 pagi hingga 9 malam manakala Jumaat hingga Ahad pada 10 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-2190528. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/halfull.my/

 

3. MB CAFE – KAFE

Bercadang makan bersama kawan kawan atau keluarga tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, MB Cafe adalah pilihan yang tepat untuk anda kunjungi. Disini, MB Cafe menjanjikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan dengan menjaga kualiti hidangan, suasana yang bersih, selesa dan perkhidmatan yang mesra dan pantas. Anda pasti akan puas hati punya kerana kebanyakkan hidangan disini disajikan dengan jumlah yang cukup banyak dimana mampu membuatkan anda kekenyangan. Bukan setakat itu sahaja, harga pun cukup berbaloi untuk anda membelanjakan. Ramai pelanggan disini sudah pun memcubanya dan suka menjamu selera disini. Jadi, ini tiba masanya untuk anda pula merasai sendiri pengalamanya. Selamat mencuba!

Lokasi MB Cafe ini di 31, Lorong BLM 1/8, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 8:30 pagi hingga 6:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-3264324. 

 

4. KAMI THE CAFE – KAFE

Tercari-cari kafe yang menghidangkan makanan Western dan juga Local di Sungai Petani ini? Kami the Cafe adalah salah satu kafe yang cukup popular dengan hidangannya. Kafe ini amat lah sesuai bagi anda yang ingin makan bersama seisi keluarga ataupun kawan kawan. Dekat sini mereka menyediakan portion hidangan yang cukup besar dengan harga yang mampu milik. Antara menu yang anda patut cuba disini ialah Chicken Chop, Aglio Olio, Chicken Wings, Cena Jumbo Bread, Soft Jumbo Hotdog dan banyak lagi. Anda pasti akan berpuas hati lebih lebih lagi suasana disini cukup estetik dan menenangkan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Kami the Cafe ini di Lorong 12, Kampung Teroi, Kampung Sungai Layar, 08000 Sungai Petani, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-5066712. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kamithekafeoriginal

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kamithekafe/

 

5. LATTE CAFE – KAFE

Masih ragu ragu dengan senarai kafe diatas? Jangan risau, anda boleh ke Latte Cafe di Sungai Petani ini. Latte Cafe adalah kafe yang menyediakan Kopi, Sandwich, Toast, Makanan Local dan juga Western. Sememangnya menarik untuk anda. Rata-rata pelanggan yang pernah kunjung di sini, mereka memberikan reaksi yang positif dan syorkan kepada orang ramai. Anda pasti akan puas hati kerana suasana disini cukup tenang, bersih dan selesa. Memang best lah. Bukan setakat kenyang hati pun senang. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi Latte Cafe ini di Jalan Cempaka 1, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Malaysia dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-2194017.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AmanjayaLatteCafe

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah Kubang Pasu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Sungai Petani ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply