13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Pendang, Kedah | Khalifah Media Networks – Pendang adalah salah satu daerah di kedah. Kawasan ini meliputi kawasan sawah padi yang luas. Penduduk di daerah ini berbilang bangsa dan terdiri daripada melayu, siam, cina dan india. Disini juga terdapat tempat peranginan, rekreasi dan tempat makan menarik yang boleh anda lawati seperti kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Pendang, Kedah ini.
1. THE FOUNDER CAFE – KAFE
Anda craving makanan Western? Jangan risau, The Founder Cafe ada untuk ada. Kalau nak tahu, The Founder Cafe adalah salah satu kafe yang cukup popular dengan hidangan Western. Dikatakan kesemuanya hidangan disini mampu menepati cita rasa anda. Bukan setakat itu saja, portion hidangan dan harga pun cukup berbaloi. Memang terbaik lah. Jadi kalau anda ingin kunjung bersama seisi keluarga atau rakan rakan, kafe ini adallah pilihan baik untuk anda.
Lokasi ini di No.1, Kompleks Perniagaan Seraya, Jalan Pendang – Bukit Raya, Mukim, 06700 Pendang, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 4:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-6699136.
2. BIJI KUPI – KAFE
Inginkan secawan kopi tulen? Biji Kupi adalah jawapan untuk anda. Biji Kupi adalah salah satu hidden gem cafe yang ramai tak tahu. Walaupun kafe ini kecil dan simple tapi siapa sangka, ia boleh memberikan anda kepuasan sepenuhnya. Aroma kopi disini cukup memikat ditambah pula dengan suasana yang tenang pada malam. Pasti menaikkan lagi aromanya. Kalau anda bercadang untuk bersantai santai seorang diri atau pun dengan rakan, kafe ini adalah tempatnya. Memang terbaik!
Lokasi Biji Kupi ini di Persiaran Pendang Square 1, Pendang Square, 06700 Pendang, Kedah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-5747743.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bijikupi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/bijikupi/
3. THE DAUN CAFE – KAFE
Terasa nak makan makanan berat sambil menikmati suasana tenang? Anda boleh singgah di The Daun Cafe ini. The Daun Cafe ini adalah juga salah satu hidden gem yang masih ramai tak tahu lagi. Kafe ini ada menyediakan bermacam macam jenis hidangan yang anda boleh dapatkan. Antaranya seperti Chicken Chop The Daun, Lamb Grill The Daun, Prawn Garlic Butter Spagetti dan banyak lagi. Pasti anda akan kepuasan punya kerana portion dan harga yang ditawarkan sangat lah mampu milik. Bukan setakat itu saja, suasana tenang disini juga bakal menemani anda. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi The Daun Cafe ini di bertentangan kedai perabot terpakai, Lot 5936, Jalan Jenun, Kampung Sungai Rotan, 08800 Pendang, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-7131073.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thedauncoffee/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Pendang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Pendang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!