13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kuala Nerang, Kedah | Khalifah Media Networks – Kuala Nerang adalah sebuah kawasan kecil yang berada di daerah Sik. Kawasan ini popular dengan keindahan alamnya yang menarik seperti hutan hujan tropika dan sungai yang mengalir di sekitarnya. Oleh kerana tempat ini dikelilingi oleh alam semula jadi, tempat ini juga mempunyai beberapa kafe menarik untuk dikunjungi.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kuala Nerang, Kedah ini.
1. RILEK’S CAFE – KAFE
Ingin makan bersama keluarga tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, anda boleh singgah di Rilek’s Cafe. Rilek Cafe adalah salah sebuah kafe yang ideal untuk seisi keluarga kerana ianya dilengkapi dengan kemudahan seperti AC. Dekat sini, anda boleh dapatkan bermacam macam jenis hidangan dengan harga murah. Antaranya seperti masakan panas, Sizzling, Sangkaya, Nasi Lemak dan banyak lagi. Memang berbaloi lah orang kata. Tambah tambah lagi portion disini cukup mengenyangkan. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi ini di No. 6, Arked MDPT Ketapang, Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah dan dibuka pada hari Ahad hingga Khamis pada 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-2406785.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rilekscafe/
2. DE’ JARD COFFEE – KAFE
Nak cari tempat melepak dengan suasana yang tenang? Anda boleh ke De’Jard Coffee ini. Kalau nak tahu, De’ Jard Coffee adalah salah satu hidden gem yang masih ramai tak tahu. Dekat sini, terdapat banyak menu yang ada dijual disini. Antara menu yang boleh anda cuba ialah Matcha Latte, Strawberry Chocolate, Americano Ice dan banyak lagi. Jadi sambil hirup air tu, boleh lah bersantai santai menikmati lampu malam yang indah. Memang terbaik lah!
PT 2256, Pekan, 06300 Kuala Nerang, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 3 petang hingga 11 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/De-Jard-Kitchen-100076119709167/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dejardcoffee/
3. ROTI BAKAQ TELOQ MELELEH KUALA NERANG – KAFE
Ini satu lagi hiddem gem yang patut anda kunjungi di Kuala Nerang ini. Kalau anda nak tahu, Roti Bakaq Teloq Meleleh Kuala Nerang adalah salah satu port terbaik dalam hidangan Roti Bakarnya. Sekali cuba pasti nak lagi. Bermacam jenis Roti Bakar yang dijual disini, pasti anda akan terliur punya. Harga pun tidak terlalu mahal dan mampu milik. Jadi kalau anda berdekatan dengan kawasan ini, jangan segan silu untuk mencubanya. Jom kita lihat gambar menu disini. Mantap!
JKR 2434, Semeliang Rd, 06300 Kuala Nerang, Kedah dan dibuka pada hari Isnin hingga Khamis dibuka pada 7:30 pagi hingga 2:30 petang, Jumaat pada 7:30 pagi hingga 12:30 tengah malam, Sabtu pada 7:30 pagi hingga 3 petang dan Ahad pada 9 pagi hingga 5 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-428 7275.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Roti-Bakaq-Teloq-Meleleh-Kuala-Nerang-100064343702378/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Sik ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kuala Nerang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!