13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Baling, Kedah | Khalifah Media Networks – Baling adalah daerah kedua terbesat di negeri Kedah selepas daerah Sik. Walaupun daerah ini kurang popular berbanding daerah yang lain tapi siapa sangka, Baling ini mempunyai pelbagai tempat menarik seperti kafe yang boleh anda kunjungi untuk menenangkan diri.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Baling, Kedah ini.
1. WE STREETS CAFE – KAFE
Anda mencari port melepak dan bersantai dengan alam? We Streets Cafe adalah jawapannya. Kalau nak tahu, We Streets Cafe adalah salah satu hidden cafe yang ada di Baling ini. Anda pasti akan terpegun kerana walaupun kafe ini berada di kawasan kelapa sawit tetapi siapa sangka, dalaman kafe ini kelihatan seolah berada di kawasan bandar. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis kopi dan pastri yang anda boleh dapatkan. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi, bagi anda yang ingin healing boleh lah kunjung kesini. Memang terbaik!
Lokasi We Streets Cafe ini di Kampung Sungai Limau, 09100 Baling, Kedah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-9020212.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/westreetscafe
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/westreetscafe/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@westreetscafe
2. NOMAD KOPIFI – KAFE
Kalau anda masih ragu ragu, anda boleh cuba pula ke Nomad Kopifi ini. Nomad Kopifi ini adalah sebuah kafe klasik yang disukai oleh orang ramai. Ciri ciri klasik ini membuat anda seolah olah berada di halaman kampung. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan kopi dan hidangan yang anda boleh dapatkan. Antara menu yang anda boleh cuba ialah Burger, Buttermilk Chicken, Green Tea, Croffle dan banyak lagi. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda menenangkan fikiran. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi kafe ini di Kg Landak Kupang Kupang, 09200 Baling, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-2782923.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/NomadKopiFi-100076367492218/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nomad.kopifi/
3. GIBI COFFEE – KAFE
Inginkan pengalaman menarik? Anda kena cuba singgah di Gibi Coffee ini. Gibi Coffee ini juga salah satu hidden cafe di kawasan Baling ini. Kafe ini cukup menarik untuk anda kunjungi lebih lebih lagi kalau anda seorang yang suka berootd dan juga instagramable kerana hidangan dan suasana disini cukup cantik. Memang anda akan puas hati punya. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Memang terbaik lah orang kata. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi ini di Jalan Kemboja, Pekan Baru Kupang, 09200 Kupang, Kedah dan dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-4711711.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/GIBI-Coffee-100088066263009/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/gibi.my/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Baling ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Baling ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!