13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Gurun, Kedah | Khalifah Media Networks – Gurun ialah mukim yang terletak di negeri kedah. Gurun adalah suatu kawasan kecil yang terletak di kaki gunung jerai. Anda boleh melawat tempat menarik seperti gunung jerai untuk nikmati pemandangan di situ. Selain itu, disini juga terdapat banyak tempat menarik seperti kafe yang boleh anda kunjungi.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Gurun, Kedah ini.
1. KEBAB & KOPI – KAFE
Mencari hidangan berat dan juga kopi? Kalau jawapan anda “Ya”, Kebab & Kopi adalah tempat yang sesuai untuk anda. Kebab & Kopi adalah salah sebuah hidden gem yang masih ramai tak tahu lagi. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis kopi dan hidangan berat yang lazat. Rata rata pelanggan disini memberikan reaksi positif terhadap suasana, perkhidmatan, makanan dan juga harga. Jadi, kalau anda ada disini boleh lah cuba chocolate Cream Chip, Kebab, Butter Caramel Coffee dan banyak lagi. Pasti anda akan puas hati punyalah. Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Kebab & Kopi ini di 116e, Jalan Utama Alor Setar-Sungai Petani, Kampung Pulau Chengai, 08300 Gurun, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 4 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-40667217.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rpkkebabpadu/
2. JELLYBEAN COFFEE & DESSERT – KAFE
Kalau kafe diatas tidak memuaskan hati anda, anda boleh ke Jellybean Coffee & Dessert pula. Jellybean Coffee & Dessert adalah salah satu hidden kafe yang masih rama tak tahu lagi. Kalau nak tahu, kafe yang bertemakan basikal ini mempunyai pelbagai jenis kopi, minuman sejuk, kek dan juga makanan ringan. Kafe ini amat lah sesuai bagi anda yang ingin bersantai atau pun yang suka berootd. Memang cantik. Sedap pun sedap, murah pun murah. Jadi memang berbaloi lah kunjung ke sini.
Lokasi ini di 9, Taman Suria, Kampung Baharu, 08300 Gurun, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 10:30 pagi hingga 8:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-2344273
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/JellyBeanCafeMalaysia/
3. DR. KAFEIN – KAFE
Anda kaki kopi? Dr. Kafein adalah pilihan terbaik untuk anda. Kalau nak tahu, Dr. Kafein ini sangat lah specialist dalam pembuatan kopi. Rata rata pelanggan yang kunjung ke sini sangat berpuas hati dan rekomen kepada orang ramai untuk cuba disini. Memang berbaloi lah orang kata lebih lebih lagi kalau anda seorang penggemar kopi. Pasti anda akan suka punya. Dekat sini, pelbagai pilihan kopi dan chocolate yang anda boleh dapatkan. Jom kita lihat gambar dibawah ini.
Lokasi kafe ini di Pejabat Hutan, No. 2, Jalan Sg. Petani, Kampung Sungai Ibor, 08300 Gurun, Kedah dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 8 pagi hingga 8 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-21444227.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Dr-Kafein-100069383552549/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dr_kafein/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Gurun ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Gurun ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!