13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kuala Kangsar, Perak | Khalifah Media Networks – Kuala Kangsar, sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah yang penting di Malaysia. Bandar ini merupakan sebuah destinasi pelancongan yang cukup terkenal dengan pelbagai produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS). Walaupun Kuala Kangsar ini kaya dengan warisan budaya, bandar ini juga mempunyai kafe yang menarik dan unik untuk anda cuba.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kuala Kangsar, Perak ini.

 

1. CALF KOPI – KAFE

Inginkan pengalaman terbaik? Kalau jawapan anda ‘Ya’, maka Calf Kopi adalah jawapan untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Calf Kopi adalah salah satu hidden kafe yang masih ramai tak tahu lagi.  Rata rata pelanggan yang kunjung ke sini memberikan feedback yang positif terhadap pengalaman mereka disini yang cukup selesa dan aromatik yang kaya. Pasti anda akan suka lebih lebih lagi kopi disini dibancuh oleh pakar dengan memberikan keseimbangan rasa yang menarik. Kakitangan disini juga mesra. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda yang ingin melepak ataupun bagi penggemar kopi. Memang terbaik!

Lokasi Calf Kopi ini di Jalan Taiping, Simpang 3 Talang, 33000 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka setiap hari pada 12 tengahari hingga 2 pagi kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 3 pagi.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/calfkopi/

 

2. C’LER CAFE – CAFE

Kalau anda ada di Kuala Kangsar ini, anda kena cuba di C’Ler Cafe ini. Kalau nak tahu, C’Ler Cafe adalah salah satu hidden kafe yang menarik untuk dikunjungi. Dekat sini anda boleh dapatkan bermacam macam jenis hidangan. Antaranya ialah Nasi Goreng Kerabu, Cheesy Meatball, Nasi Goreng Chicken Chop dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun sangat lah berbaloi dengan portion yang dihidangkan. Tak percaya? Anda boleh cuba rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi ini di 803, 2/1, Persiaran Chandan Puteri, Taman Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 9 malam kecuali Jumaat hingga Ahad ditutup pada 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-9261450.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/c.ler.cafe/

 

3. KOPI GANTUNG WAK JAM – KAFE

Anda peminat kopi? Anda kena kunjung ke Kopi Gantung Wak Jam ini. Rata rata pengunjung kesini sangat lah puas hati akan kopi disini. Bukan setakat besar tapi harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Antara minuman yang anda boleh dapatkan ialah Kopi, Mocha, Coklat, Green Tea, Bandung dan Jagung. Bukan setakat tu saja, dekat sini mereka jual anda menjual Takoyaki, Nasi Lemak dan banyak lagi. Jadi kalau anda ada lalu dekat sini, jangan lupa singgah. Memang best! Rugi kalau tak cuba.

Lokasi ini di QW7W+QJ, 33000 Kuala Kangsar, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 11:30 pagi hingga 7 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-21443449.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Kuala Kangsar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kuala Kangsar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply