13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Georgetown, Perak | Khalifah Media Networks – Georgetown adalah ibu negeri bagi Pulau Pinang yang cukup popular dengan kepelbagaian warisan sehingga diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Oleh kerana itu, bandar ini dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan dan juga tempat makan yang wajib untuk dikunjungi.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Georgetown, Pulau Pinang ini.

 

1. LANGIT SENJA KOPI – KAFE

Anda seorang yang suka berootd dan instagrammable? Pasti anda akan menyukai dengan kafe satu ini. Langit Senja Kopi adalah salah satu hidden gems yang masih ramai lagi tak tahu akan keunikkannya. Kafe ini dihiasi dengan pelbagi barang yang estetik dan selesa seolah olah membuatkan seperti berada di rumah sendiri. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis hidangan yang anda boleh cuba sambil menikmati suasana disini. Antaranya ialah Laksa Johor, Nasi Lemak, Kopi, Kek dan banyak lagi. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 93, Lbh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Rabu pada 3 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-4484937.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/langitsenjakopi/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/langitsenjakopi/

 

2. PINWHEEL RESTO CAFE – KAFE

Kalau anda ada di Georgetown ini, anda boleh lah cuba singgah di PinWheel Resto Cafe ini. PinWheel Resto Cafe adalah salah satu kafe yang cukup popular dalam kalangan penduduk disini sehingga kafe ini mendapat 4.8 bintang di Google Review. Di PinWheel Resto Cafe, mereka ada menyediakan pelbagai jenis masakan seperti Carbonara, Carbonara Spring Roll, Caesar Salad, Teh Tarik, Nutella Latte dan banyak lagi.  Pasti anda akan menyukainya kerana harga yang ditawarkan cukup mampu milik dan suasana disini pun cukup menenangkan. Memang terbaik lah! Jadi boleh lah ajak tersayang atau kawan kawan makan disini. Rugi tau kalau anda tak cuba.

Lokasi PinWheel Resto Cafe ini 461, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 11 malam kecuali Jumaat hingga Ahad ditutup pada 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-5447721.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pinwheelrestocafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pinwheelrestocafe/

 

3. LAGENDA CAFE – KAFE

Teringin nak makan masakan Melayu tapi inginkan vibes kafe? Haa kalau macam tu, Lagenda Cafe adalah jawapan untuk anda. Untuk pengetahuan anda, Lagenda Cafe adalah sebuah kafe popular yang digemari oleh orang ramai kerana masakan Melayunya. Bukan sahaja menghidangkan dalam portion yang banyak tetapi juga sedap hingga menjilat jari. Jadi kafe ini amat lah sesuai untuk seisi keluarga ataupun kawan kawan. Sambil sambil menikmati masakan disini, boleh lah juga mencuci mata dengan hiasan P Ramlee yang ada disini. Cukup mengamati kenangan. Selamat mencuba!

Lokasi kafe ini di 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  04-251 9300

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cafelagenda/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cafelagendapenang/

 

4. KOPI HUTAN – KAFE

Mencari spot brunch tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, anda boleh ke Kopi Hutan ini. Kalau nak tahu, Kopi Hutan adalah salah satu kafe yang cukup unik dan popular kerana dihiasi dengan pokok pokok yang menghijau. Oleh kerana suasana disini cukup menenangkan maka ramai memilih tempat ni sebagai salah satu spot yang sesuai untuk menikmati brunch. Kafe ini ada bermacam macam jenis masakan dekat sini. Antaranya ialah Maple Walnut Cheese Cake, Coffee & Biscuits, Ondeh Ondeh Cake, Tiramisu Cake Slice, Sandwiches, Kopi Hutan, Black Coffee with Milk dan banyak lagi. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Kopi Hutan ini di George Town, Penang dan dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 5:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-4289585.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Georgetown ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Georgetown ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply