13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Bukit Mertajam adalah sebuah bandar yang terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Bandar ini amatlah kaya dengan sejarah dan kini telah berkembang sebagai pusat ekonomi dan perdagangan di Seberang Perai. Walaupun bandar ini popular dengan warisan sejarahnya tapi siapa sangka, bandar ini mempunyai banyak tempat makan menarik dan best yang patut dikunjungi.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini.

 

1. ZONA NYAMAN – KAFE

Mencari tempat untuk bersantai tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, anda boleh singgah di Zona Nyaman ini. Kalau nak tahu, Zona Nyaman adalah kafe terbaik untuk bersantai dimana anda boleh menikmati suasana kampung dan menikmati kopi terbaik yang ada disini iaitu Kopi Zona Nyaman. Anda pasti akan suka lebih lebih lagi jika anda seorang Coffe Lover, memang best!

Bukan setakat kopi sahaja terjual tetapi ada bermacam macam jenis pilihan yang ada boleh cuba seperti Biscoff Cake, Penang Asam Laksa, Daging Rendang bersama Nasi, Cheesy Beef Nachos dan banyak lagi. Pasti anda akan menjilat jari kesedapan punya lah. Tak percaya? Cuba lah rasai sendiri pengalamannya. Memang tak rugi!

Lokasi ini di 3070, Jalan Kg Pisang, Kg Pisang, Cheruk Tokun Atas, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 5 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi di no tel: 017-3964976.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/zonanyamxn/

 

2. THE WOODS BY BENZ COFFEE – KAFE

Ingin suasana makan seperti di dalam hutan? Kalau jawapan anda “Ya”, maka The Woods By Benz Coffee adalah tempatnya. Untuk pengetahuan anda, The Woods By Benz Coffee adalah salah sebuah kafe yang cukup viral di Tiktok kerana keindahan kafe yang cukup memukau pandangan. Rata rata pengunjung yang pernah datang kesini memberikan reaksi dan feedback positif terhadap kafe ini.

Dikatakan kesemua makanan disini cukup lazat sehingga ingin menambah atau bawa pulang ke rumah. Memang padu. Bukan setakat itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan dengan saiz portion disini. Memang sesuai lah untuk bawa orang tersayang ke sini. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi kafe ini di Lot 350, Jalan Alma, Kampung Alma, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibuka pada hari Khamis hingga Selasa pada 5 petang hingga 11 malam kecuali Jumaat hingga Ahad ditutup pada 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi di no tel: 011-58895660.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thewoodsbybenz/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thewoodsbybenz/

 

3. GRANDE CAFE – KAFE

Kalau anda mencari kafe yang mempunyai harga berpatutan dengan service yang bagus dan persekitaran bersih, maka Grande Cafe adalah jawapannya. Grande Cafe adalah salah satu hidden kafe yang masih ramai tak tahu akan kewujudannya. Anda pasti akan rambang mata punya kerana dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis masakan seperti Western dan juga Local. Memang menarik. Bukan setakat itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Jadi kalau anda ada disini, jangan segan silu untuk mencubanya.

Lokasi Grande Cafe ini di G-08, Pangsapuri Servis Metro, Jalan Perda Utara 1, Bandar Baru Perda, 14000 Permatang Pauh, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11:30 pagi hingga 6 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah boleh hubungi di no tel: 017-6852600.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Bukit Mertajam ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Bukit Mertajam ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply