13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Balik Pulau, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Balik Pulau adalah sebuah bandar di negeri Pulau Pinang. Bandar ini amatlah popular sebagai sebuah destinasi pelancongan dimana mempunyai kawasan pantai yang cantik dan tempat warisan sejarah. Bukan itu sahaja, Balik Pulau ini juga popular dengan tempat makan menarik dan sedap.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Balik Pulau, Pulau Pinang ini.
1. INA CAFE – KAFE
Kalau anda ada di Balik Pulau ini, anda wajib singgah di Ina Cafe ini. Kalau nak tahu, Ina Cafe adalah salah satu port yang paling best dan sesuai untuk makan bersama seisi keluarga atau kawan kawan. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata. Bukan setakat banyak pilihan tetapi kesemua menu yang ada disini sangat lah sedap hingga menjilat jari. Harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Apa yang menarik lagi ialah anda boleh menikmati pemandangan dan mendengar bunyi sungai bersih mengalir sambil menjamu selera. Memang syok! Boleh lah tenangkan diri dengan alam semula. Nampak menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Ina Cafe ini di 50, Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 7:30 pagi hingga 4:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-5393349.
2. CAFE 73 – KAFE
Masih ragu ragu dengan kafe diatas? Jangan risau, anda boleh ke Cafe 73 ini. Kalau nak tahu, Cafe 73 ini tidak kurang hebatnya. Kafe ini memperoleh 4.7 bintang di Google. Rata rata pengunjung yang pernah datang kesini, mereka memberikan reaksi dan feedback positif terhadap hidangan, portion, harga, suasana dan perkhidmatan disini. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis hidangan tempatan. Antara menu yang patut anda cuba ialah Laksa Special, Nasi Ayam, Bihun Sup Utara dan ABC. Memang sedap! Anda pasti takkan rasa menyesal punya. Jadi, sambil sambil tu boleh lihat gambar dibawah ini. Terliur dibuatnya.
Lokasi Cafe 73 ini di 64 Mukim D, Jalan Baru, Kampung Sungai Burung, 11000, Penang dan dibuka pada hari Ahad hingga Khamis pada 1 petang hingga 8 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-8701992.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Cafe-73-100057422290307/
3. THE LAKE CAFE @ THE FARM – KAFE
Mencari kafe untuk seisi keluarga tapi tak tau dekat mana yang best? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di The Lake Cafe @ The Farm ini. Kalau nak tahu, The Lake Cafe ini adalah sebuah kafe yang cukup viral di dalam platform media social Tiktok, sehingga mendapat 1.4 juta jumlah penonton di Tiktok PenangFoodie. Kafe ini sangat lah unik dan best kerana ia mempunyai mini zoo untuk anda kunjungi selepas menjamu selera. Terdapat bermacam macam jenis haiwan yang ada boleh lihat seperti Burung Merak, Kambing, Kuda dan banyak lagi. Memang best lebih lebih untuk seisi keluarga atau untuk sesiapa yang ingin meluangkan masa dengan haiwan haiwan kecil ini.
Lokasi kafe ini 465, Pantai Acheh, mukim 1, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 10:30 pagi hingga 6 petang kecuali Sabtu dan Ahad pada 9 pagi hingga 6:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-2281827.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thefarmpantaiacheh/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thefarmpantaiacheh/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Balik Pulau ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Balik Pulau ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!