13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Kota Bharu, Kelantan | Khalifah Media Networks – Kota Bharu adalah ibu negeri bagi Kelantan Darul Naim, Malaysia yang terletak di bahagian timur laut negara bersempadan dengan Thailand. Bandar ini amatlah popular dengan warisan seni bina Melayu yang menarik seperti Istana Balai Besar dan Pasar Siti Khadijah. Bukan setakat itu sahaja, Kota Bharu ini juga menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang sedap.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Kota Bharu, Kelantan ini.
1. AYANG CAFE – KAFE
Kalau anda ada di Kota Bharu, jangan lepaskan peluang anda untuk cuba singgah di Ayang Cafe ini. Ayang Cafe adalah salah satu kafe breakfast yang cukup popular dan disyorkan oleh orang ramai di Kota Bharu ini. Apa yang menarik adalah dekat sini ada banyak pilihan yang anda boleh pilih. Kesemua hidangan disini sangat mengiurkan dan menjilat jari. Antara menu yang wajib anda cuba ialah Roti Bakar, Roti Kari Ayam, Roti Titab, Nasi Ayam Penyet, Nasi Lemak dan banyak lagi. Bukan setakat sedap dan berkualiti, harga yang ditawarkan pun cukup mampu, suasana yang cukup selesa dan perkhidmatan pun terbaik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
4652, Jalan Masjid Langgar, Kampung Langgar, 15200 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada 6:30 pagi hingga 1 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-8417889.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ayangcafe/
2. YOOHOO DESSERT CAFE – KAFE
Sebut saja Yoohoo, pasti sudah ramai tahu akan kafe satu ini. Yoohoo bukanlah sebuah kafe yang asing lagi kerana ia cukup popular dengan pelbagai masakan panas dan juga pencuci mulut yang cukup lazat. Dekat sini juga, mereka ada menyediakan banyak pilihan yang anda boleh cuba daripada hidangan Western ataupun Korea. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda yang ingin bersosial bersama kawan kawan ataupun keluarga kerana suasana disini cukup menenangkan, selesa, bersih dan perkhidmatan disini juga cukup peramah dan pantas. Harga pun cukup berpatutan. Jadi, kalau anda ternampak kafe ini jangan segan silu untuk mencubanya. Memang best!
Lokasi Yoohoo ini di 282, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-9483389.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/yoohoo.my/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/yoohoo.my/
3. TINY ELEPHANT – KAFE
Masih ragu ragu dengan kafe di atas? Jangan risau, anda boleh juga cuba di Tiny Elephant. Kalau nak tahu, Tiny Elephant juga adalah salah satu kafe yang cukup popular di Kota Bharu ini. Dekat sini, terdapat bermacam macam jenis hidangan yang anda boleh dapatkan. Antaranya, Buttermilk Chicken Cho, Pancakes, Black Pepper Chicken, Toast with Nuttella and Berries, Burnt Cheese Cake, Soft Serve 3 Toppings dan banyak lagi. Anda pasti akan berpuas hati punya kerana harga pun cukup berbaloi dengan saiz portion yang dihidangkan, suasana yang cukup cantik, selesa, bersih dan perkhidmatan pun baik. Kalau anda plan pergi ke kafe, boleh lah consider untuk ke sini. Selamar mencuba!
Lokasi Tiny Elephant ini di 1122, T/B, Jalan Tengku Petra Semerak, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada 11:30 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-7157090.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tinyelephantco/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tinyelephantco/
4. THE LAYERS – KAFE
Anda seorang yang sukakan dessert? Kalau jawapan anda “Ya”, maka The Layers adalah tempat untuk anda. The Layers bukanlah sebuah kafe yang asing lagi di Kota Bharu ini kerana ia amat lah popular dengan pelbagai jenis dessert yang cukup mengiurkan. Semestinya anda akan rambang mata punya. Turkish Indulgence, Rasberry Pistachio, Biscoff Choc Cheese, Lemon Blueberry, Rainbow Cheese Cake dan Red Velvet adalah antara best seller yang anda perlu cuba rasainya untuk mengalami sensasi bahagia dalam setiap gigitan. Takut harga mahal? Jangan risau, dekat sini mereka memastikan harga yang ditawarkan cukup mampu milik dengan membawakan kualiti kepada anda. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi The Layers ini di Lot 320 A, Jalan Hulu Pasar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 9:30 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-2265950.
BUSINESS PAGE: https://thelayers.my/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thelayersmy
5. KB BREWSTER COFFEE – KAFE
Mencari tempat melepak yang best bersama kawan kawan ataupun tersayang? Anda boleh cuba di KB Brester Coffee. Dekat sini, mereka ada menawarkan banyak jenis minuman dan juga makanan yang anda boleh pilih. Antarnya, Frapuccino Frappe, Chicken Chop, Lamb Chop. Cake, Croffle dan banyak lagi. Sememangnya sedap, rata rata pengunjung disini pun memberikan reaksi dan feedback positif terhadap menu, harga, suasana dan perkhidmatan disini. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi ini di Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan dan dibuka pada Ahad dan Jumaat pada 12:30 hingga 11 malam manakala Isnin hingga Khamis dan Sabtu dibuka pada 8 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-9839080.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/KB-Brewster-100085233095434/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kb.brewster/
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah Kota Bharu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kota Bharu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!