13 Tempat Makan Best Western Di Indera Mahkota, Pahang | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Pahang, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?
Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Indera Mahkota, Pahang. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Indera Mahkota ni.
1. SUPER KITCHEN
Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Super Kitchen yang tetiba meletop di Indera Mahkota. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan.
Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Ada juga set kombo, set ini lebih besar yang mempunyai beberapa makanan. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu tanpa perlu order satu persatu disediakan pekej yang lebih besar. Semua ini di letakkan dalam talam dan berbaloi set ini sebab dapat merasai berbagai menu dalam satu hidangan. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.
Keseluruhan set ini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Super Kitchen ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : B88, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 09-573 0862. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 3 petang hingga 12 malam. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/superkitchenktn/
2. WONDERBITES CAFE
Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana selesa bolehlah berkunjung jamu selera di Restoran Wonderbites Cafe. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada masakan ala barat dan masakan tempatan turut disediakan untuk pilihan anda.
Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja Wonderbites Cafe ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Wonderbites Cafe.
Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Restoran Wonderbites Cafe ini di mana. Ini alamatnya : B72, Tingkat Bawah, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra, 25200 Kuantan, Pahang. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 016-931 3198. Mula beroperasi pada jam 12.00 pm hingga jam 11.00 pm.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/wonderbitescafe/
3. NAAZ BARBECUE
Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western berbecue yang best di Indera Mahkota. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop, apa kata datang try lamb berbecue yang sedap di restoran NAAZ Barbecue pula.
Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di NAAZ Barbecue ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.
Ramai warga Indera Mahkota yang memberi review bahawa NAAZ Barbecue ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : 1233, Jalan Pintasan Kuantan, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. Kalau sesat boleh call 017-797 7746. Dibuka bermula pukul 8.00 pm – 11.00 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/NAAZ-Barbecue-1814651128617214/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Indera Mahkota ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!