Acara Lelong Harta.. Orang Ramai Serbu Rumah Sajat | PETALING JAYA – Rumah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat yang terletak di Kota Damansara di sini diserbu orang ramai yang mahu menyertai acara lelongan barang-barang milik usahawan kontroversi itu.

Pendaftaran untuk mereka yang mahu menyertai acara itu dibuka pada pukul 10.30 pagi dan ditutup 15 minit kemudian.

Rata-rata orang ramai yang hadir kecewa kerana pendaftaran sudah ditutup.

Pihak ejen menetapkan deposit sebanyak RM5,000 semasa mendaftar bagi mereka yang mahu menyertai acara tersebut.

Setakat ini, hanya lapan pembida yang mendaftar untuk membeli lebih 30 barangan yang akan dilelong hari ini.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur sanggup membawa bayi untuk menyertai acara lelongan tersebut.

“Saya berasa kecewa tak ada rezeki nak beli (barang) sebab datang lambat dan tidak dibenarkan masuk,”

“Saya berminat nak beli beg tangan berjenama dan lampu,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply