(Ada Video) Amerika: Ngeri! Detik Tornado ‘Gergasi’ Melanda Kentucky | Sebuah video ‘menggemparkan’ telah dimuat naik di media sosial yang memaparkan kejadian puting beliung dan cuaca buruk di Kentucky, Amerika Syarikat, menerusi laporan fox32chicago.

(Ada Video) Amerika: Ngeri! Detik Tornado 'Gergasi' Melanda Kentucky

https://twitter.com/mitchell_knight/status/1469656473068265479?s=20

Rakaman yang berdurasi 35 saat telah dimuatnaik oleh Eddit Knight dari Sacramento di laman Twitter dimana dapat dilihat kejadian tersebut kelihatan seperti ‘filem seram’.

Video itu pada awalnya berkelip dari hitam legam dan kemudiannya menjadi cerah apabila puting beliung hadir dan langit diterangi dengan kilat.

Menerusi ciapan oleh Eddit Knight di laman Twitternya, dia mengatakan bahawa video itu dipercayai satu puting beliung yang mengembara sejauh 200 batu, menurut laporan Fox32chicago.

Video itu telah dirakam dari anjung bilik ayahnya. Tambah Eddit Knight, keluarganya berada dalam keadaan baik namun keadaan ini adalah jauh lebih besar berbanding kejadian di kilang Mayfield, kata Eddit lagi menerusi posting tersebut.

Menurut laporan Fox32chicago, Gabenor Andy Beshear berkata pada persidangan akhbar Sabtu lalu bahawa sekurang-kurangnya 70 orang dikhuatiri maut di Kentucky, dan jumlah kematian boleh melebihi 100 orang.

Difahamkan ia merupakan puting beliung terbesar yang pernah berlaku di Kentucky.

Sumber: fFox32chicago, Twitter

Share.

Leave A Reply