(Ada Video) Anak Terlupa Kod Kunci Basikal Yang Dipasang Di Leher Ibu

| October 16, 2021 | 0 Comments

(Ada Video) Anak Terlupa Kod Kunci Basikal Yang Dipasang Di Leher Ibu | Kenakalan seorang anak membawa padah selepas dia dikatakan telah memasang kunci basikal di leher ibunya namun terlupa kod kunci terbabit, baru-baru ini.

(Ada Video) Anak Terlupa Kod Kunci Basikal Yang Dipasang Di Leher Ibu

Menurut laporan Oddity Central, seorang wanita di Beijing terpaksa pergi ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan bantuan selepas kunci basikal yang dikalungkan di lehernya tidak dapat dibuka..

Pada mulanya, si ibu hanya melayan kerenah anaknya dan menganggap  anaknya yang berusia empat tahun itu hanya sekadar berjenaka, namun semuanya berubah selepas anaknya itu dikatakan telah terlupa akan kod kunci untuk membuka semula.

Akibatnya, wanita itu mendapatkan bantuan polis di balai polis Huai’an di Jiangsu dalam keadaan panik dengan kunci basikal itu masih pada leher.

Wanita itu memberitahu pegawai polis, anak lelakinya bermain dengan kunci basikal itu ketika dia mencuci tandas dan kemudian meletakkan kunci basikal itu pada lehernya.

Dia pada mulanya tidak menggangap hal itu sebagai suatu yang tidak serius kerana dia mengetahui kod membuka kunci basikal berkenaan.

Namun, dia mula berasa panik selepas menyedari kod asal tidak boleh digunakan kerana anaknya menukar kod tersebut.

Dia berkata kepada polis bahawa dia sendiri tidak mengetahu sudah berapa kali anaknya menukar kod justeru hal itu membuatkan dia semakin panik.

Menurut laporan Oddity Central, polis dilaporkan telah memeriksa kunci basikal itu, tetapi tidak dapat membantu wanita terbabit sebelum mengambil keputusan untuk memanggil pasukan bomba.

Pasukan bomba dikatakan telah meletakkan tuala kecil di antara leher dan kunci basikal itu untuk membolehkan mereka memotong kunci berkenaan.

Wanita itu menarik nafas lega selepas pasukan bomba memotong kunci itu dan memberitahu akan menghukum anaknya kerana berkelakuan nakal.

Sumber: Oddity Central

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *