(Ada Video) Apa Hukum Kencing Berdiri ? Ini Jawapannya Dalam Islam |Khalifah Media Network – Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab.
Soalan kepada membuang air kecil ini, sudah kita ketahui bahawa kaum lelaki selalunya akan melakukannya dengan cara berdiri. Hal ini kerana banyak kemudahan yang disediakan seperti ‘toilet bold’ yang memerlukan untuk kaum lelaki berdiri apabila membuang air kecil.
Namun, Islam itu agama yang indah kerana setiap yang dititipkan kepada umatnya semestinya akan membawa kita ke jalan yang lebih sempurna sama ada di dunia mahupun akhirat. Salah satu aspek yang sangat dititikberatkan dalam Islam adalah soal kebersihan terutamanya ketika menunaikan solat.
Tahukah anda, mengapakah kaum lelaki tidak dibenarkan untuk kencing secara berdiri? Jika sebelum ini anda sudah terbiasa untuk kencing secara berdiri, marilah tukar sikap tersebut ke arah yang lebih baik. Ikuti pencerahan oleh Ustad Azhar Idrus melalui video di bawah bagi isu ini.
Kena Kahwin Dulu Baru Rezeki Masuk Menderu | Khalifah Media Network – Perkahwinan menutup pintu-pintu kemaksiatan dan dengan itu, pintu keberkatan dan limpahan rahmat akan terbuka dengan luasnya. Hal ini kerana, bernikah itu adalah di kalangan mereka yang telah melaksanakan satu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan golonganku!” – HR. Ibnu Majah dan Aisyah r.ha.
Realitinya hari ini, yang muda takut nak berkahwin, khuatir tidak mampu menyara anak dara orang.
Baca selanjutnya Di Sini…