(Ada Video) Azab Penyiksaan Kubur Yang Sering Kita Lupakan | Khalifah Media Network – Jika seseorang itu melakukan dosa di dunia dan tidak sempat bertaubat, maka itu sudah cukup untuk mendatangkan azab kubur buatnya.
Azab kubur dijelaskan sebagai satu konsep Islam bagi tempoh selepas kematian tetapi sebelum Hari Kiamat. Apabila roh-roh yang tidak bersaksi dengan kesaksian yang benar akan dihukum dan diseksa dalam kubur.
Menurut satu kisah masyur dari Saidina Uthman Ibn Affan RA ketika melintasi sebuah kawasan perkuburan. Namun, tiba-tiba sahaja beliau berhenti melangkah dan terdiam, kemudian air matanya mengalir sehingga membasahi janggutnya.
Apabila melihat keadaannya sebegitu, seorang sahabat bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tetapi, hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?”
Jawab Saidina Uthman: “Kerana Nabi SAW pernah bersabda, ‘Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.”
Berikutan itu, di akhirat kelak, setiap orang beriman akan melalui proses timbangan amal. Ia berbeza dengan orang kafir, syirik dan munafik kerana mereka akan terus diseret ke neraka.
Oleh itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dengan setiap perbuatan kita yang asyik dengan nikmat dunia serta memperbanyakkan amal ibadah agar kita semua dijauhi seksa kubur kelak, Insya-Allah. Mari ikuti video di bawah untuk kupasan selanjutnya..