(Ada Video) Ini Rahsia Didik Anak-Anak Menjadi Soleh Cara Ulama’ Tersohor | Islam telah menggesa agar ibu bapa seharusnya perlulah mengambil berat tentang aspek pentarbiahan atau pendidikan anak-anak.

(Ada Video) Ini Rahsia Didik Anak-Anak Menjadi Soleh Cara Ulama' Tersohor

Hal ini telah dinyatakan dalam Surah al-Tahrim, ayat 6, dimana Allah berfirman yang bermakud,

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu daripada api neraka,”.

Ayat terbabit telah menjelaskan bahawa ibu bapa perlulah menitikberatkan hal berkaitan asuhan, bimbingan serta pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Hal ini tentunya melibatkan pendidikan dari segi agama dimana ia perlu diterapkan dengan akidah sehingga ia dilaksanakan dengan sempurna. Iman dan hidayah bukan seperti meninggalkan harta pusaka berbentuk fizikal, tetapi iman adalah kefahaman dan keyakinan dalam hati seseorang anak.

Justeru, setiap ibu bapa perlu tanya diri adakah mereka sudah membimbing serta mendidik anak-anak dengan akidah sebagai seorang Muslim yang taat kepada agamanya?

Mari ikuti kupasan  video di bawah mengenai rahsia dalam mendidik anak-anak untuk menjadi soleh dengan menggunakan cara Ulama’ tersohor.

Share.

Leave A Reply