(Ada Video) Lelaki Temui Benda Misteri Melintas Depan Kereta Ketika Lalu Lewat Malam

| September 21, 2021 | 0 Comments

(Ada Video) Lelaki Temui Benda Misteri Melintas Depan Kereta Ketika Lalu Lewat Malam | Kejadian misteri telah melanda seorang lelaki selepas dia dikhabarkan sempat menyaksikan satu bayang hitam melintas di hadapan kenderaannya ketika melalui sebuah jalan gelap di wilayah Maine, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

(Ada Video) Lelaki Temui Benda Misteri Melintas Depan Kereta Ketika Lalu Lewat Malam

Menerusi portal The Sun, lelaki berkenaan percaya dirinya tidak melanggar objek tersebut, bagaimanapun tetap melihat semula rakaman kamera keretanya sebaik sahaja tiba di rumah bagi memastikan apakah objek misteri berkenaan yang pada awalnya disangka rusa.

Jelasnya, ketika melihat rakaman tersebut kembali, dia cuba mencari lokasi rusa di jalan, namun yang lebih menggemparkan, diaa ternampak bayang itu melintas di hadapan keretanya. Dia yang terkejut dengan kejadian terbabit telah bertindak melihat video itu semula secara berulang kali dan ia mengundang bulu tengkoknya meremang.

Dia kemudiannya dipercayai telah menghantar rakaman tersebut kepada kumpulan paranormal untuk mengenalpasti makhluk berkenaan.

Sebahagian penonton percaya ia merupakan haiwan seperti rusa atau beruang, bagaimanapun sebahagian lain mendakwa ia adalah penampakan misteri.

Menurutnya, kepada yang fikir bahawa ia merupakan haiwan, mereka boleh melihatnya melalui dalam video tersebut.

Jadi apa yang menjadi persoalannya adalah,  adakah penampakan bayang hitam itu sememangnya haiwan ataupun entiti misteri yang tidak diketahui kebenarannya?

Sumber: The Sun

 

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *