(Ada Video) Menakutkan! Detik Cemas Kereta ‘Ditelan’ Bumi Di China

| October 8, 2021 | 0 Comments

(Ada Video) Menakutkan! Detik Cemas Kereta ‘Ditelan’ Bumi Di China | Menakutkan! telah tular satu video mengenai beberapa kenderaan di China yang dilihat telah ‘ditelan‘ oleh lubang besar secara tiba-tiba di sebuah tempat parkir kenderaan, di sini, baru-baru ini.

(Ada Video) Menakutkan! Detik Cemas Kereta 'Ditelan' Bumi Di China

Video yang telah dimuatnaik oleh South China Morning Post telah menunjukkan beberapa kenderaan milik orang awam dilihat pada awalnya ‘tergantung’ di tepian libang tersebut sebelum dilihat jatuh satu persatu di dalam lubang besar itu.

Perkara tersebut dikatakan berlaku selepas hujan yang lebat melanda di wilayah Shanxi dipercayai mejadi lokasi kejadian tersebut berlaku.

Difahamkan, lubang tersebut telah dipenuhi dengan air hujan yang turut mengalir di kawasan bangunan kediaman yang berdekatan dan menyebabkan satu tiang lampu terjatuh.

Sementara itu, dilaporkan sekurang-kurangnya 10,000 penduduk telah dipindahkan dari kawasan berkenaan agar dapat mengelak dari perkara yang tidak diingini.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan mengenai sebarang kecederaan atau kematian yang berpunca dari kejadian itu.

Video tersebut telah tular di media sosial selepas akaun milik South China Post memuatnaik video tersebut serta mendapat lebih 4 ribu tontonan dan ratusan perkongsian dari warganet yang turut ‘takut’ akan kejadian terbabit.

Sumber: Twitter

Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *