Hong Kong: Wanita Maut Selepas Perancah Buluh Gergasi Di Tapak Pembinaan Runtuh | Sebuah pusat pemantauan cuaca dilaporkan telah meningkat amaran ribut pada awal pagi Sabtu berikutan berlakunya insiden sebuah perancah buluh gergasi untuk pembinaan bangunan kediaman runtuh di Hong Kong pada Jumaat, baru-baru ini.
Dalam kejadian tragis itu, seorang pekerja wanita maut, manakala tiga yang lain pula terperangkap, menurut laporan RTHK News.
Wanita tersebut dikatakan telah dibawa ke hospital tanpa sedar setelah dibebaskan dari serpihan namun dilaporkan maut sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital akibat cedera parah.
Kejadian tersebut menyaksikan dua buah kereta turut dihempap akibat runtuhan perancah dan mengganggu laluan trafik di Jalan Broadwood, Hong Kong, kata polis dalam hantaran di Facebook.
Jabatan Perkhidmatan Bomba mengatakan pihaknya mengerahkan sekitar 100 anggota bomba dan anggota ambulans ke lokasi kejadian, dan mereka memerlukan lebih dari satu jam untuk melakukan proses pencarian dan mereka telah berjaya selamatkan salah seorang pekerja yang dilaporkan selamat.
Menurut rakaman video yang tular, ketika perancah tersebut runtuh, dilihat dua kenderaan sedang dihempap serpihan runtuhan namun dilihat pemandu-pemandu tersebut berjaya melarikan diri dengan sendiri sebelum pasukan bomba tiba. Seorang pemandu cedera ringan dan dibawa ke hospital.
Manakala seorang jurucakap Jabatan Buruh berkata, ketika kejadian tersebut berlaku isyarat taufan nombor tiga telah dibunyikan kepada orang awam di kawasan berkenaan.
Jelas mereka, pihak berkuasa amat bimbang tentang kemalangan tersebut dan sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui tentang punca kejadian dijalankan.
Sementara itu, semua kelas di sekolah-sekolah dibatalkan ekoran amaran ribut tersebut.
Sumber: RTHK News