Ngeri! Wanita Pengamal Perubatan Islam Selamatkan 2 Gadis. | Baru-baru ini, telah tular satu video di media sosial memaparkan seorang bomoh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap dua orang gadis di dalam sebuah pondok kecil. Menerusi video yang dipaparkan itu, dipercayai kejadian tersebut berlaku di negara jiran iaitu Indonesia.
Video tersebut bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya ‘seram’ melihat kelibat bomoh tersebut.
Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Karol Inoviani di channel Youtubenya baru-baru ini, dia dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menyelamatkan dua orang gadis yang didakwa menjadi mangsa ‘santapan’ kepada seorang bomoh bersusuk tubuh iblis. Ketika sampai di tempat kejadian, Karol dikatakan tidak sempat untuk menyelamatkan dua orang gadis itu dari dirog*l bomoh terbabit.
Difahamkan sebelumnya, Karol telahpun menyelamatkan dua orang gadis terbabit dari pondok tersebut namun tidak semena-mena pada hari kejadian, dua orang gadis tersebut masih berada di pondok bomoh terbabit yang dipercayai menjadi tempat aktiviti terkutuk dan pemujaan syaitan dilakukan.
Berikutan itu, berlakulah pergelutan diantara Karol dan juga bomoh terbabit dan menerusi video terbabit, dia telah membaca ayat suci Al-Quran serta membuka ‘langkah’ untuk beradu tenaga melawan bomoh berambut panjang terbabit.
Pergelutan antara mereka berdua telah berlaku selama beberapa minit dan akhirnya Karol dikalahkan selepas dia tiba-tiba sahaja tersungkur sehingga mengeluarkan muntah darah, mungkin disebabkan kekuatan bomoh terbabit yang tidak dapat diatasi olehnya.
Selepas melihat video tersebut, rata-rata warganet mendoakan agar Karol sentiasa dilindungi Allah SWT dalam membanteras aktiviti khurafat terbabit serta ada juga diantara mereka yang memintanya untuk membuka mask terlebih dahulu ketika melawan bomoh terbabit.
Video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 696,821 tontonan serta ribuan tanda sokongan dari warganet di laman youtube Karol Inoviani.Wanita
Video yang dipaparkan ini mungkin mengandungi unsur khurafat dan ia merupakan perbuatan syirik dan dosa besar sehingga merosakkan akidah seseorang kerana melakukan perbuatan yang mempersekutukan Allah SWT.
Sumber : Youtube