Enam kereta dilaporkan rosak teruk akibat ditimpa serpihan tangki air yang pecah di pangsapuri Blok B, Penaga Mas, Taman Mas, Sepang, semalam.

(ADA VIDEO) Tangki Air Pecah, Enam Kereta Alami Kerosakkan

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangki air di tingkat atas pangsapuri itu dilaporkan pecah pada jam 7.15 petang dengan ketinggian 18.5 meter.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.

Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu.

Jelasnya, penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans.

(ADA VIDEO) Tangki Air Pecah, Enam Kereta Alami Kerosakkan

Sebelumnya, tular satu video di media sosial yang menyaksikan kejadian  ‘air terjun’ dipercayai akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini, bau-baru ini.

Video berdurasi tiga minit 59 saat itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang di parkir di pekarangan bangunan berkenaan terkena curahan air deras.

Seorang pengendali Facebook menggunakan akaun nama Cik Bybie II berkata, beliau pernah menyewa sebuah pangsapuri di kawasan itu pada tahun 2016.

Jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook, masa itu  rumah tingkat sembilan berdekatan tangki air dan apabila tangki pecah habis semua barang dalam rumah rosak, lebih-lebih lagi (kejadian berlaku) semasa dalam pantang.

Ujarnya lagi, selepas fobia dengar bunyi tangki pecah kami kemudian berpindah.

@ameiraaaa 😧 #puchong ♬ original sound – 🦁🐾Eeveecenzo

Sumber: Berita Harian , Sinar Harian

Share.

Leave A Reply