(Ada Video) Tiga Penyesalan Orang Mati Dalam Kubur | Setiap makhluk yang bernyawa pastinya akan merasa kematian tetapi bagaimana pengakhiran kita nanti? Pengakhiran seseorang tersebut ditentukan dengan cara bagaimana kita hidup di dunia iaitu jika kita sering melakukan kebaikan serta sering beramal ibadah pastinya pengakhiran kita adalah baik dan sempurna.
Manusia yang hidup di akhir zaman ini dikatakan lebih mencintai dunia berbanding akhirat sehinggakan ada sesetengahnya dikatakan takut kepada mati. Ramai dalam kalangan kita pastinya belum sedar dan membuat persiapan sebelum mati kerana salah satu faktornya adalah kerana kehidupan dunia yang melena dan membuaikan.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
Dan habiskan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang dari kamu.
Kemudian dia berkata, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku hingga waktu dekat, sehingga aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang yang saleh? (Surah Al-Munafiqun: 10)
Oleh itu, beringatlah kita bahawa setelah meninggalnya seseorang anak adam dari muka bumi ini hanya tiga benda sahaja yang dibawa sebagai bekalan iaitu sedekah jariyah, pengetahuan berguna, atau doa seorang anak yang soleh. Namun begitu, sesetengah manusia yang sering lalai ketika hidup di dunia pasti akan dipenuhi dengan pelbagai penyesalan. Apakah penyesalan tersebut? Ikuti video dibawah untuk ketahui perkongsian ini dengan lebih lanjut.