(Ada Video) Yassin Malam Jumaat Boleh Ke Tidak Sebenarnya ? | Umat Islam di Malaysia tidak asing lagi dengan bacaan Surah Yasin pada setiap malam Jumaat. Ia samada dilakukan di surau-surau mahupun masjid di kebanyakan tempat di seluruh negara kecuali beberapa kawasan tertentu.
Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah), mengandungi sebanyak 83 ayat. Secara umum, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendustakan agama dan soal hari Kiamat.
Amalan bacaan Yasin kebiasaannya juga akan diiringi dengan bacaan tahlil antara waktu selepas Maghrib hingga masuk waktu Isyak.
Namum sejak akhir-akhir ini, timbul pandangan tentang persoalan bidaah membaca Surah Yasin pada malam Jumaat, kerana ada pandangan yang lebih sahih iaitu sepatutnya membaca Surah al-Kahfi. Mari ikuti perkongsian video di bawah untuk mendapatkan jawapannya…