Kumpulan pengguna telah mengeluarkan amaran bahawa jutaan penduduk Britain kini terpaksa berlapar dalam menghadapi krisis kos sara hidup.
Gambar di atas menunjukkan seorang pembeli yang berada di pasar raya di London, Britain sedang meneliti harga barangan, ketika inflasi di United Kingdom.
Harga barang di pasar raya tersebut telah mencatat kadar 10.1 peratus, yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun.
Selain daripada itu, sebahagian besar daripada mereka juga bakal berdepan ‘kemiskinan petrol’ selepas UK membatalkan pembekuan harga tenaga yang menyebabkan harga komoditi itu melonjak.
Separuh daripada isi rumah UM juga terpaksa mengurangkan makanan harian dan ramai juga yang mendapati sukar untuk mendapatkan makanan sihat manakala 80 peratus lagi menghadapi masalah kewangan.
Di samping itu, kumpulan pengguna -pengguna itu turut berpendapat bahawa keputusan kerajaan UK untuk membatalkan pembekuan harga tenaga akan menyebabkan jutaan penduduk kesejukan kerana tidak mampu membeli bahan api bagi memanaskan kediaman.
Amaran itu dikeluarkan selepas data menunjukkan inflasi UK melonjak melebihi 10 peratus pada September, ketika masalah ekonomi terus bertambah bagi Perdana Menteri, Liz Truss.
Keputusan kerajaan UK minggu ini untuk membatalkan pembekuan harga tenaga akan membebankan jutaan rakyat.

Penunjuk perasaan membakar ‘bil tenaga’ di hadapan bangunan ICC di Birmingham, England sebagai bantahan terhadap kenaikan harga bahan api. Negara itu turut menyaksikan mogok pekerja dan pemotongan cukai yang menjejaskan ekonomi.
Dalam siri pusingan-U belanjawan yang memalukan, Menteri Kewangan baharu, Jeremy Hunt mengumumkan bahawa beliau akan membatalkan pembekuan harga tenaga utama pada April dan bukannya lewat 2024, seperti mana yang diumumkan sebelum ini.
Pembekuan harga itu bertujuan melindungi pengguna daripada kos bahan api domestik terus melonjak tinggi terutama sejak perang Russia ke atas Ukraine.
Sementara itu, Britain turut terjejas berikutan mogok tahun ini, dengan pekerja pelbagai sektor membantah terhadap tangga gaji yang didakwa gagal diselaraskan kepada kadar inflasi negara.
Sumber : Berita Harian