Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tindakan seorang bapa berlari ke arah anaknya yang rebah sewaktu berkawad serta membantunya supaya kekal berdiri meruntun hati pengguna laman sosial yang terharu melihat situasi tersebut.

Anak Rebah Ketika Berkawad. Tindakan Ayah Jadi 'Benteng' Bikin Sayu

Kejadian itu berlaku pagi tadi di Maktab Penjara Kajang sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Beberapa gambar tular di media sosial dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menerusi hantaran beliau, Alexander berkata, bapa tersebut berlari dari khemah tetamu ke arah anaknya yang rebah menahan terik matahari.

Malah, selipar yang dipakai warga emas tersebut turut terlucut.

Katanya, yang hadir di padang kawad pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya.

Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan.

Ternyata sangkaan demikian meleset apabila si ayah memapah anaknya untuk berdiri semula.

Meskipun, badan ayahnya dimamah usia, bingkas dibantu anaknya berdiri.

Malah, badan yang menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesungguhan bapa tersebut menyebabkan beliau dan tetamu pada majlis itu turut berasa sebak.

Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing malah beliau juga tidak terkecuali.

Katanya, kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah, hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan.

Kasihnya ayah, berkorban nyawa, biarlah jiwa akan tersiksa, ikhlas dan rela asalkan bahagia.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply