Juruterbang sebuah pesawat dari syarikat penerbangan Indonesia, Citilink dilaporkan sempat melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Juanda, sebelum dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

(VIDEO) Juruterbang Sempat Buat Pendaratan Kecemasan Sebelum Meninggal Dunia

Memetik laporan berita Detik, juruterbang tersebut yang sedang melakukan perjalanan Surabaya-Makassar dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan.

Sebelum itu, juruterbang berkenaan dilaporkan jatuh sakit ketika baru memulakan tugasan.

Menurut laporan rasmi dari Citilink, pesawat dengan nombor penerbangan QG 307 itu berlepas pada Khamis, 21 Julai 2022 pada pukul 6.00.

Namun, setelah 15 minit terbang di udara, pesawat kembali dan mendarat di Bandara Juanda kerana juruterbang mengalami masalah kesihatan secara kecemasan.

Selepas pesawat melakukan pendaratan cemas, juruterbang itu diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Pelabuhan (KKP). KKP Kelas 1 Surabaya seterusnya melakukan pemeriksaan kesihatan rutin ke atas juruterbang berkenaan.

Difahamkan, setelah pemeriksaan dibuat, pegawai perubatan mendapati tiada denyutan nadi dari juruterbang itu.

Pemangku Ketua KKP Kelas 1 Surabaya, Dr Acub Zainal berkata, sebelum juruterbang Citilink itu meninggal dunia, dia sempat dikejarkan ke hospital dan doktor kemudian mengesahkan kematiannya.

Dr Acub juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menentukan punca kematian juruterbang berkenaan.

Sumber : SKĀ 

 

Share.

Leave A Reply