Dua warga Rohingya masing-masing seorang remaja dan kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sungai berdekatan Kampung Bakar Batu, di sini, semalam.

8 Individu Diamkan Diri Lepas Tengok Dua Rakan Lemas

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mahmod, 11, dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14, hanya ditemui pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 pagi tadi.

“Difahamkan, dua mangsa bersama lapan lagi rakan mandi di sungai pada jam 2 petang semalam. Apabila mereka dipercayai lemas, rakan yang lain panik dan bertindak mendiamkan diri.

“Apabila dua mangsa ini tidak pulang ke rumah, bapa mereka mencari rakan anaknya dan mereka memaklumkan kejadian selepas didesak,” katanya.

Mohd Riduan berkata, pihaknya membuat pencarian berdasarkan kepada lokasi akhir mangsa yang diberitahu rakan mereka.

“Mayat pertama dijumpai pihak bomba ketika membuat pencarian di permukaan air pada jam 9.50 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.

“Manakala, mangsa kedua dijumpai apabila pihak bomba membuat penyelaman dalam radius 100 meter pada jam 10.35 pagi, juga kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply